Connect with us

Antarabangsa

Israel bedil sekolah PBB, bunuh 29 warga Palestin

Rejim Israel mengesahkan ia mengebom pusat perlindungan sekolah dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam apa yang kelihatan sebagai serangan sama membunuh sekurang-kurangnya 29 warga Palestin di kem pelarian Nuseirat hari ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Mangsa yang terkorban
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rejim Israel mengesahkan ia mengebom pusat perlindungan sekolah dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam apa yang kelihatan sebagai serangan sama membunuh sekurang-kurangnya 29 warga Palestin di kem pelarian Nuseirat hari ini.
  • Memetik Al Jazeera, tentera Israel berkata jet pejuangnya menyerang kawasan sekolah dikendalikan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA) yang didakwanya digunakan Hamas.
  • Menurut Wafa, serangan tersebut mengena sekolah lelaki al-Sardi, berhampiran kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.

Rejim Israel mengesahkan ia mengebom pusat perlindungan sekolah dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam apa yang kelihatan sebagai serangan sama membunuh sekurang-kurangnya 29 warga Palestin di kem pelarian Nuseirat hari ini.

Memetik Al Jazeera, tentera Israel berkata jet pejuangnya menyerang kawasan sekolah dikendalikan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA) yang didakwanya digunakan Hamas.

Menurut Wafa, serangan tersebut mengena sekolah lelaki al-Sardi, berhampiran kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.

Media tempatan melaporkan wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa korban.

Sekurang-kurangnya 36,586 warga Palestin terbunuh dan 83,074 cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu. Angka kematian di Israel pula 1,139 maut dengan puluhan dilaporkan masih ditawan Hamas di Gaza. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending