Connect with us

Antarabangsa

Haramkan penyertaan Israel di Sukan Olimpik 2024 – Tunjuk perasaan Switzerland

Ratusan penunjuk perasaan di Switzerland pada Rabu lalu menuntut supaya Israel dihalang daripada bertanding di Sukan Olimpik 2024 di Paris ketika pembunuhan beramai-ramai (genosid)  terus berlaku di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ratusan penunjuk perasaan di Switzerland pada Rabu lalu menuntut supaya Israel dihalang daripada bertanding di Sukan Olimpik 2024 di Paris ketika pembunuhan beramai-ramai (genosid)  terus berlaku di Gaza.
  • Penunjuk perasaan berkumpul di hadapan ibu pejabat Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa di Lausanne dengan tangan mereka dicat merah untuk menarik perhatian kepada pembunuhan di wilayah Palestin, meninggalkan kesan merah di pintu masuk bangunan itu dalam usaha meyakinkan jawatankuasa itu untuk mengambil tindakan terhadap Israel, lapor agensi berita Anadolu.
  • Mengingatkan jawatankuasa itu “hanya mengambil masa beberapa hari” untuk mengecualikan Russia dan Belarus daripada Sukan Olimpik 2022 ekoran perang di Ukraine, yang bermula pada 24 Februari 2022, penunjuk perasaan mengangkat sepanduk berkata; “Mari kita larang negara Israel yang melakukan pembunuhan beramai-ramai daripada Sukan Olimpik”.
  • Penunjuk perasaan juga menyeru Presiden Perancis, Emmanuel Macron untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel dan bekalan senjata, mengenakan boikot budaya dan akademik ke atas negara itu, dan menamatkan perjanjian membenarkan warga Perancis berkhidmat dalam tentera Israel.
  • Penunjuk perasaan turut melaungkan slogan menentang “genosid” Israel, mengangkat bendera Palestin dan sepanduk bertulis “Boikot Israel, boikot pembunuhan beramai-ramai”, “Kemanusiaan telah gagal” dan “Bebaskan Palestin”.

Ratusan penunjuk perasaan di Switzerland pada Rabu lalu menuntut supaya Israel dihalang daripada bertanding di Sukan Olimpik 2024 di Paris ketika pembunuhan beramai-ramai (genosid)  terus berlaku di Gaza.

Penunjuk perasaan berkumpul di hadapan ibu pejabat Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa di Lausanne dengan tangan mereka dicat merah untuk menarik perhatian kepada pembunuhan di wilayah Palestin, meninggalkan kesan merah di pintu masuk bangunan itu dalam usaha meyakinkan jawatankuasa itu untuk mengambil tindakan terhadap Israel, lapor agensi berita Anadolu.

Mengingatkan jawatankuasa itu “hanya mengambil masa beberapa hari” untuk mengecualikan Russia dan Belarus daripada Sukan Olimpik 2022 ekoran perang di Ukraine, yang bermula pada 24 Februari 2022, penunjuk perasaan mengangkat sepanduk berkata; “Mari kita larang negara Israel yang melakukan pembunuhan beramai-ramai daripada Sukan Olimpik”.

Atlet dari Russia dan Belarus akan dibenarkan bertanding dalam Olimpik tahun ini sebagai pihak neutral, demikian menurut jawatankuasa itu. 

Tetapi mereka tidak akan dibenarkan mengambil bahagian dalam upacara perasmian dan tidak akan menggunakan bendera, lambang atau lagu kebangsaan, tanpa sebarang pegawai daripada kerajaan negara terbabit dijemput ke temasya Olimpik pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Penunjuk perasaan menggelar Israel sebagai “negara penjenayah” dengan Ketua Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) meminta waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Israel.

Israel “mengejek keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa serta Mahkamah Keadilan Antarabangsa,” kata risalah diterbitkan penunjuk perasaan yang menggesa agar sekatan dikenakan ke atas negara haram itu.

Mereka juga menyeru Presiden Perancis, Emmanuel Macron untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel dan bekalan senjata, mengenakan boikot budaya dan akademik ke atas negara itu, dan menamatkan perjanjian membenarkan warga Perancis berkhidmat dalam tentera Israel.

Kira-kira 4,000 warga Perancis sedang mengambil bahagian dalam serangan tentera zionis Israel ke atas Gaza.

Penunjuk perasaan melaungkan slogan menentang “genosid” Israel, mengangkat bendera Palestin dan sepanduk bertulis “Boikot Israel, boikot pembunuhan beramai-ramai”, “Kemanusiaan telah gagal” dan “Bebaskan Palestin”. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Dron baharu Houthi berjaya lepasi radar zionis, seorang maut, 10 cedera di Tel Aviv

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap Houthi, Yahya Saree.
  • Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.
  • Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.
  • Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.

Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka sedang membuka siasatan untuk mengetahui mengapa sistem pertahanan udara negara itu tidak diaktifkan untuk memintas dron tersebut.

Tentera Israel turut berkata bahawa tentera udaranya meningkatkan rondaan di ruang udara negara itu sambil siasatan serangan dron di Tel Aviv itu diteruskan – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending