Antarabangsa
Hamas terima resolusi PBB tamatkan perang di Gaza
Hamas menerima resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyokong rancangan menamatkan perang dengan Israel di Gaza dan bersedia untuk sebarang rundingan susulan.

- Hamas menerima resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyokong rancangan menamatkan perang dengan Israel di Gaza dan bersedia untuk sebarang rundingan susulan.
- Ia dimaklumkan seorang pegawai kanan kumpulan Palestin itu dalam apa yang disebut Setiausaha Negara AS sebagai “tanda harapan”.
- Perbincangan mengenai rancangan untuk Gaza selepas berakhirnya perang Israel ke atas wilayah itu akan diteruskan pada petang Selasa dalam beberapa hari akan datang, menurut Setiausaha Negara Antony Blinken di Tel Aviv selepas perbincangan dengan pemimpin Israel.
- TRT melaporkan Blinken bertemu pegawai Israel pada Selasa dalam usaha menamatkan perang darat dan udara Israel berusia lapan bulan yang memusnahkan enklaf itu.
- Pertemuan itu sehari selepas Presiden Joe Biden mencadangkan supaya gencatan senjata diluluskan Majlis Keselamatan PBB.
Hamas menerima resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyokong rancangan menamatkan perang dengan Israel di Gaza dan bersedia untuk sebarang rundingan susulan.
Ia dimaklumkan seorang pegawai kanan kumpulan Palestin itu dalam apa yang disebut Setiausaha Negara AS sebagai “tanda harapan”.
Perbincangan mengenai rancangan untuk Gaza selepas berakhirnya perang Israel ke atas wilayah itu akan diteruskan pada petang Selasa dalam beberapa hari akan datang, menurut Setiausaha Negara Antony Blinken di Tel Aviv selepas perbincangan dengan pemimpin Israel.
TRT melaporkan Blinken bertemu pegawai Israel pada Selasa dalam usaha menamatkan perang darat dan udara Israel berusia lapan bulan yang memusnahkan enklaf itu.
Pertemuan itu sehari selepas Presiden Joe Biden mencadangkan supaya gencatan senjata diluluskan Majlis Keselamatan PBB.
Menjelang perjalanan Blinken, Israel dan Hamas kedua-duanya mengulangi pendirian keras yang menjejaskan pengantaraan sebelum ini untuk menamatkan pertempuran.
Manakala Israel meneruskan serangan di tengah dan selatan Gaza, iaitu antara insiden paling berdarah dalam peperangan ini.
Tel Aviv memulakan pencerobohan ke atas Gaza sehingga mengorbankan lebih 37,000 rakyat Palestin.
Ia berlaku selepas Hamas melakukan serangan mengejut ke atas Israel dikatakan membunuh 1,200 orang dan mengambil kira-kira 250 tebusan warga Israel menurut kiraan rasmi kedua-dua pihak. – The Merdeka Times
