Connect with us

Antarabangsa

Gereja Dublin batalkan konsert koir lelaki gay

Sebuah gereja Roman Katolik di Dublin membatalkan konsert oleh koir lelaki gay dengan alasan ia “tidak serasi dengan misi kami”.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebuah gereja Roman Katolik di Dublin membatalkan konsert oleh koir lelaki gay dengan alasan ia “tidak serasi dengan misi kami”.
  • Gereja St Andrew di Westland Row, membatalkan konsert musim panas Dublin Gay Men’s Chorus Pride in the Name of Love kerana ia merupakan “acara festival Pride”.
  • Konsert yang dijadualkan pada 23 Jun itu adalah satu-satunya koir gay lelaki Ireland yang meraikan penghujung sambutan bulan Pride kelompok LGBT.
  • “Kariah (pihak gereja) kecewa kerana sifat acara ini tidak dijelaskan pada masa tempahan,” kata emel Gereja St Andrew kepada kumpulan koir itu dipetik Pink News merujuk kepada penganjuran konsert sebagai acara sambutan Pride kelompok LGBT.

Sebuah gereja Roman Katolik di Dublin membatalkan konsert oleh koir lelaki gay dengan alasan ia “tidak serasi dengan misi kami”.

Gereja St Andrew di Westland Row, membatalkan konsert musim panas Dublin Gay Men’s Chorus Pride in the Name of Love kerana ia merupakan “acara festival Pride”.

Konsert yang dijadualkan pada 23 Jun itu adalah satu-satunya koir gay lelaki Ireland yang meraikan penghujung sambutan bulan Pride kelompok LGBT.

Pink News pada 13 Jun lalu melaporkan pengerusi koir, Patrick McNamara mengesahkan dia menerima e-mel daripada gereja terbabit yang mengatakan ia “mempelajari bahawa dalam bentuk dan kandungan ia (konsert) dipersembahkan bukan sebagai persembahan paduan suara yang mudah tetapi sebagai acara festival Pride”.

“Kariah tidak dalam kedudukan untuk menyediakan gereja untuk konsert itu. Kariah berbesar hati untuk mengalu-alukan kumpulan dari semua latar belakang untuk mengadakan konsert, seperti yang anda ketahui daripada konsert anda di sini sebagai pengarah muzik pada banyak kesempatan.

“Bagaimanapun, kariah kecewa kerana sifat acara ini tidak dijelaskan pada masa tempahan,” kata emel itu merujuk kepada penganjuran konsert sebagai acara sambutan Pride. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Dron baharu Houthi berjaya lepasi radar zionis, seorang maut, 10 cedera di Tel Aviv

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap Houthi, Yahya Saree.
  • Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.
  • Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.
  • Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.

Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka sedang membuka siasatan untuk mengetahui mengapa sistem pertahanan udara negara itu tidak diaktifkan untuk memintas dron tersebut.

Tentera Israel turut berkata bahawa tentera udaranya meningkatkan rondaan di ruang udara negara itu sambil siasatan serangan dron di Tel Aviv itu diteruskan – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending