Connect with us

Antarabangsa

ETGE kecam Menteri Luar Turkiye sokong “integriti wilayah dan kedaulatan” China

Kerajaan Turkistan Timur dalam Pengasingan (ETGE) mengecam tindakan dan kenyataan Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan yang menyokong “integriti wilayah dan kedaulatan” China.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan (kiri) & Naib Presiden China, Han Zheng (kanan).
  • Kerajaan Turkistan Timur dalam Pengasingan (ETGE) mengecam tindakan dan kenyataan Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan yang menyokong “integriti wilayah dan kedaulatan” China.
  • Menurut kenyataan China dipetik SCMP, Fidan memberitahu Naib Presiden China, Han Zheng dalam satu pertemuan semalam bahawa Turkiye berpegang kepada prinsip satu China dan “tidak akan membenarkan aktiviti di Turkiye yang menjejaskan integriti wilayah China”.
  • Perkara itu menurut ETGE menggambarkan pengkhianatan terhadap etnik Uyghur dan etnik Turkiye lain yang berdepan genosid di bawah pendudukan China.
  • “Dengan menunjukkan ‘sokongan penuh’ terhadap apa yang dipanggil ‘integriti wilayah dan kedaulatan politik’ China dan ‘menyokong China menentang aktiviti pengganas’, suatu eufemisme (ungkapan lembut) ganjil yang digunakan China untuk menggambarkan dan menghalalkan genosid Uyghur, Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan telah mengkhianati nilai teras dan kehormatan negara Turkiye dan perjuangan Turkistan Timur,” kata Menteri Luar Negeri dan Keselamatan ETGE, Salih Hudayar.
  • Mengikut sejarah, Turkistan Timur merupakan sebuah negara merdeka, diceroboh Komunis China pada 12 Oktober 1949, dan berada di bawah pendudukan China sejak 22 Disember 1949.

Kerajaan Turkistan Timur dalam Pengasingan (ETGE) mengecam tindakan dan kenyataan Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan yang menyokong “integriti wilayah dan kedaulatan” China.

Menurut kenyataan China dipetik SCMP, Fidan memberitahu Naib Presiden China, Han Zheng dalam satu pertemuan semalam bahawa Turkiye berpegang kepada prinsip satu China dan “tidak akan membenarkan aktiviti di Turkiye yang menjejaskan integriti wilayah China”.

Perkara itu menurut ETGE menggambarkan pengkhianatan terhadap etnik Uyghur dan etnik Turkiye lain yang berdepan genosid di bawah pendudukan China.

“Dengan menunjukkan ‘sokongan penuh’ terhadap apa yang dipanggil ‘integriti wilayah dan kedaulatan politik’ China dan ‘menyokong China menentang aktiviti pengganas’, suatu eufemisme (ungkapan lembut) ganjil yang digunakan China untuk menggambarkan dan menghalalkan genosid Uyghur, Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan telah mengkhianati nilai teras dan kehormatan negara Turkiye dan perjuangan Turkistan Timur,” kata Menteri Luar Negeri dan Keselamatan ETGE, Salih Hudayar.

Mengikut sejarah, Turkistan Timur merupakan sebuah negara merdeka, diceroboh Komunis China pada 12 Oktober 1949, dan berada di bawah pendudukan China sejak 22 Disember 1949. 

Negara itu mengisytiharkan kemerdekaannya sebagai Republik Turkistan Timur dua kali pada 1933 1944 sebelum pencerobohan China.

Turkistan Timur berkongsi hubungan budaya, etnik, agama dan bahasa yang mendalam dengan Turkiye, sebagai tempat lahirnya tamadun Turkiye dan tanah air nenek moyang orang Turkiye. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending