Antarabangsa
Duolingo tunduk tuntutan Russia kekang LGBT
Aplikasi pembelajaran bahasa popular, Duolingo bersetuju mengalih keluar kandungan berpotensi melanggar undang-undang “propaganda LGBT” Russia, lapor RT memetik badan pemerhati media negara itu, Roskomnadzor.

- Aplikasi pembelajaran bahasa popular, Duolingo bersetuju mengalih keluar kandungan berpotensi melanggar undang-undang “propaganda LGBT” Russia, lapor RT memetik badan pemerhati media negara itu, Roskomnadzor.
- Badan pemerhati Russia itu pada Selasa berkata ia menerima surat daripada syarikat itu mengesahkan pematuhannya dengan perundangan negara.
- “Syarikat Duolingo menghantar surat respons kepada Roskomnadzor, di mana ia mengesahkan telah mengeluarkan bahan mempromosikan hubungan seksual bukan tradisional daripada aplikasi pendidikannya,” kata badan pemerhati itu kepada TASS dalam satu kenyataan.
- Roskomnadzor menyerahkan notis kepada Duolingo pada April tentang kemungkinan berlakunya pelanggaran undang-undang Russia dan memberi amaran “tentang larangan penerbitan sebarang bahan yang mempromosikan hubungan seksual bukan tradisional”.
- Kegagalan mematuhi tuntutan tersebut akan mengakibatkan denda yang tinggi bagi syarikat yang beroperasi di Russia dan ketidakpatuhan berterusan berpotensi menyebabkan perkhidmatan atas talian mereka disekat oleh badan pemerhati itu.
Aplikasi pembelajaran bahasa popular, Duolingo bersetuju mengalih keluar kandungan berpotensi melanggar undang-undang “propaganda LGBT” Russia, lapor RT memetik badan pemerhati media negara itu, Roskomnadzor.
Badan pemerhati Russia itu pada Selasa berkata ia menerima surat daripada syarikat itu mengesahkan pematuhannya dengan perundangan negara.
“Syarikat Duolingo menghantar surat respons kepada Roskomnadzor, di mana ia mengesahkan telah mengeluarkan bahan mempromosikan hubungan seksual bukan tradisional daripada aplikasi pendidikannya,” kata badan pemerhati itu kepada TASS dalam satu kenyataan.
Roskomnadzor menyerahkan notis kepada Duolingo pada April tentang kemungkinan berlakunya pelanggaran undang-undang Russia dan memberi amaran “tentang larangan penerbitan sebarang bahan yang mempromosikan hubungan seksual bukan tradisional”.
Kegagalan mematuhi tuntutan tersebut akan mengakibatkan denda yang tinggi bagi syarikat yang beroperasi di Russia dan ketidakpatuhan berterusan berpotensi menyebabkan perkhidmatan atas talian mereka disekat oleh badan pemerhati itu.
Pihak berkuasa Russia dimaklumkan mengenai bahan yang dikatakan tidak sesuai disebarkan aplikasi itu awal tahun ini oleh kumpulan hak asasi manusia tempatan.
Aktivis membangkitkan kebimbangan mereka terhadap aplikasi itu menyatakan pelajar sekolah berulang kali berdepan tugas disediakan aplikasi tersebut melibatkan perihal hubungan sejenis. – The Merdeka Times
