Antarabangsa
AS akur arahan Netanyahu salur senjata buat Israel
Selepas mendapat kritikan daripada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkenaan tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menangguhkan penghantaran bekalan persenjataan kepada tentera zionis, Duta AS ke Israel, Jack Lew semalam memaklumkan negara itu dalam proses menghantar senjata dan peluru ke wilayah jajahan haram tersebut.

- Selepas mendapat kritikan daripada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkenaan tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menangguhkan penghantaran bekalan persenjataan kepada tentera zionis, Duta AS ke Israel, Jack Lew semalam memaklumkan negara itu dalam proses menghantar senjata dan peluru ke wilayah jajahan haram tersebut.
- “Duta Besar AS ke Israel Jack Lew memberitahu Perdana Menteri Netanyahu semalam bahawa peluru dan senjata yang dirujuk PM itu dalam proses dihantar ke Israel.
- Netanyahu pada Selasa mengkritik Washington kerana menahan senjata dan peluru untuk kegunaan Israel.
Selepas mendapat kritikan daripada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkenaan tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menangguhkan penghantaran bekalan persenjataan kepada tentera zionis, Duta AS ke Israel, Jack Lew semalam memaklumkan negara itu dalam proses menghantar senjata dan peluru ke wilayah jajahan haram tersebut.
“Duta Besar AS ke Israel Jack Lew memberitahu Perdana Menteri Netanyahu semalam bahawa peluru dan senjata yang dirujuk PM itu dalam proses dihantar ke Israel.
“Perdana Menteri Netanyahu berkata beliau menjangkakan perkara itu akan berlaku dan mengarahkan pasukan Israel untuk bekerjasama dengan rakan sejawat mereka dari Amerika untuk tujuan itu,” kata Pejabat Perdana Menteri itu dalam satu hantaran di X.
Netanyahu pada Selasa mengkritik Washington kerana menahan senjata dan peluru untuk kegunaan Israel.
“Tidak dapat dibayangkan bahawa dalam beberapa bulan lalu, pentadbiran (AS) telah menahan senjata dan peluru daripada Israel,” katanya memberitahu Setiausaha Negara AS Antony Blinken semasa lawatannya ke Tel Aviv baru-baru ini.
Menurut sumber Amerika dan Israel, AS merupakan penyumbang besar senjata dan peluru kepada Israel sejak permulaan perang ke atas Gaza pada 7 Oktober lalu.
Presiden AS Joe Biden sebelum ini menggantung perjanjian senjata dengan Israel atas alasan kebimbangan terhadap keselamatan orang awam.
Menurut pihak berkuasa tempatan, ketika ini lebih 37,400 rakyat Palestin terbunuh di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dengan lebih 85,400 yang lain cedera. – The Merdeka Times
