Terkini
AEON Mall, tarik balik jualan beg Cocomelon papar ‘rainbow gay pride flag’!
AEON Mall Tebrau City, Johor didesak menarik semula jualan beg animasi kartun kanak-kanak, Cocomelon yang didakwa memaparkan imej ‘rainbow gay pride flag’.
- Desakan itu dibuat Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi selepas dimaklumkan berkenaan penjualan produk terbaru tersebut oleh pengikutnya yang menjumpainya di AEON Mall Tebrau City.
- AEON Mall Tebrau City dilihat menafikan hubung kait produk itu dengan LGBT, sebaliknya mengatakan ia hanyalah satu reka bentuk.
- “Jelas-jelas warna ‘pelangi’ dalam beg itu ada 6 sahaja. Walhal pelangi sebenar ada tujuh warna. Enam warna itu merupakan ‘rainbow gay pride flag’ dan diterima pakai kelompok LGBTQIA+ di seluruh dunia.
- “FYI, Cocomelon pernah viral sebelum ini setelah meng’grooming’ kanak-kanak melalui videonya. Apa ke jadah bapa dan bapa menggalakkan kanak-kanak lelaki memakai skirt dan crown?
- “Dan satu lagi, kalian tahu kan bulan Jun ni diiktiraf sebagai Pride Month bagi kelompok berkenaan? Kebetulan sangat kan?,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
KUALA LUMPUR — AEON Mall Tebrau City, Johor didesak menarik semula jualan beg animasi kartun kanak-kanak, Cocomelon yang didakwa memaparkan imej ‘rainbow gay pride flag’.
Desakan itu dibuat Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi selepas dimaklumkan berkenaan penjualan produk terbaru tersebut oleh pengikutnya yang menjumpai beg terbabit di AEON Mall Tebrau City.
Fairuz berkata pengikutnya telah menuntut penjelasan daripada pihak pusat beli belah terbabit berkenaan penjualan beg itu, namun jawapan diberikan adalah sangat naif.
Ini kerana AEON Mall Tebrau City dilihat menafikan hubung kait produk itu dengan LGBT, sebaliknya mengatakan ia hanyalah satu reka bentuk.
“Jelas-jelas warna ‘pelangi’ dalam beg itu ada 6 sahaja. Walhal pelangi sebenar ada tujuh warna. Enam warna itu merupakan ‘rainbow gay pride flag’ dan diterima pakai kelompok LGBTQIA+ di seluruh dunia.
“FYI, Cocomelon pernah viral sebelum ini setelah meng’grooming’ kanak-kanak melalui videonya. Apa ke jadah bapa dan bapa menggalakkan kanak-kanak lelaki memakai skirt dan crown?
“Dan satu lagi, kalian tahu kan bulan Jun ni diiktiraf sebagai Pride Month bagi kelompok berkenaan? Kebetulan sangat kan?
“Oleh itu, saya mendesak pihak AEON Mall Tebrau City atau lain-lain mall menarik balik jualan produk ini!,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis dengan nota salinan kepada (CC) kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Siri animasi Netflix, Cocomelon Lane yang diterbitkan untuk penonton berumur dua tahun ke atas itu sebelum ini dilaporkan dikecam kerana ‘menanam’ ideologi songsang LGBTQ terhadap kanak-kanak bawah umur.
S2J News melaporkan konservatif di Amerika Syarikat (AS) menentang komuniti songsang LGBTQ dan meluahkan kebimbangan tentang risiko yang dirasakan kanak-kanak ‘didandani’ dan dipengaruhi untuk mengenal pasti sebagai homoseksual atau transgender. — The Merdeka Times