Connect with us

Antarabangsa

Victoria haramkan pemakaian “keffiyeh” Palestin di Parlimen

Negeri Victoria di Australia pada Rabu memutuskan Ahli Parlimen tidak boleh memakai selendang “keffiyeh” – simbol identiti Palestin – di Parlimen, lapor BBC.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Negeri Victoria di Australia pada Rabu memutuskan Ahli Parlimen tidak boleh memakai selendang “keffiyeh” – simbol identiti Palestin – di Parlimen, lapor BBC.
  • Pemimpin Parti Hijau meminta penjelasan selepas Ahli Parlimen parti itu diminta menanggalkan keffiyeh mereka.
  • Dalam keputusan bersama, kedua-dua Dewan Parlimen Victoria berkata selendang itu adalah simbol “politik” di mana Ahli Parlimen tidak dibenarkan memakainya.
  • Keputusan itu menjadikan badan perundangan Victoria sebagai segelintir di dunia yang membuat larangan sedemikian.

Negeri Victoria di Australia pada Rabu memutuskan Ahli Parlimen tidak boleh memakai selendang “keffiyeh” – simbol identiti Palestin – di Parlimen, lapor BBC.

Pemimpin Parti Hijau meminta penjelasan selepas Ahli Parlimen parti itu diminta menanggalkan keffiyeh mereka.

Dalam keputusan bersama, kedua-dua Dewan Parlimen Victoria berkata selendang itu adalah simbol “politik” di mana Ahli Parlimen tidak dibenarkan memakainya.

Keputusan itu menjadikan badan perundangan Victoria sebagai segelintir di dunia yang membuat larangan sedemikian.

Presiden dewan atasan, Shaun Leane pada Rabu meminta empat Ahli Parlimen Parti Hijau yang memakai keffiyeh untuk tidak berbuat demikian.

Pemimpin Parti Hijau, Ellen Sandell meminta penjelasan adakah ia larangan sekali sahaja atau larangan kekal.

“Peralatan politik dan lencana tidak dibenarkan dalam dewan. Keputusan saya tetap,” kata speaker dewan bawahan, Maree Edwards.

Puan Sandell bagaimanapun berhujah bahawa Ahli Parlimen memakai pakaian untuk menunjukkan sokongan untuk pelbagai sebab, “semuanya boleh dikatakan sebagai politik”.

“Seorang Ahli Parlimen hari ini memakai pin kuning, yang mana boleh dianggap sesetengah pihak sebagai sokongan kepada tentera Israel. Yang lain memakai lencana pelangi,” kata Sandell.

Speaker dewan terbabit enggan mengulas dan berkata penjelasan lanjut boleh diminta dari pejabatnya.

Ahli Parlimen, David Southwick dilaporkan mengalu-alukan larangan itu, memberitahu saluran berita tempatan bahawa pin kuningnya, yang dipakai sebagai menyokong tebusan Israel di Gaza sebagai “bukan perbandingan”.

Ahli-Ahli Parlimen Parti Hijau kemudiannya menggunakan media sosial bagi membantah keputusan larangan itu. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending