Connect with us

Antarabangsa

Presiden Iran, Ebrahim Raisi maut dalam nahas helikopter di barat laut Iran

Presiden Iran, Ebrahim Raisi dilaporkan maut selepas helikopter dinaiki beliau terhempas di barat laut Iran pada Ahad.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Iran, Ebrahim Raisi.
  • Presiden Iran, Ebrahim Raisi dilaporkan maut selepas helikopter dinaiki beliau terhempas di barat laut Iran pada Ahad.
  • Turut dilaporkan terkorban Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian.
  • Pasukan mencari dan menyelamat yang tiba di lokasi helikopter terbabit terhempas  tidak menemui penumpang selamat, demikian menurut agensi berita Iran, IRINN dan Mehr News dipetik CNN.
  • Agensi berita Reuters melaporkan seorang pegawai kerajaan Iran memaklumkan helikopter yang hilang itu ditemui ‘terbakar sepenuhnya’.
  • Helikopter membawa Presiden dan Menteri Luar Iran itu dilaporkan terpaksa melakukan ‘pendaratan kecemasan’ di kawasan pergunungan di barat laut Iran di Azerbaijan Timur ketika Raisi dalam perjalanan pulang dari majlis perasmian empangan bersama Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev pada Ahad.

Presiden Iran, Ebrahim Raisi dilaporkan maut selepas helikopter dinaiki beliau terhempas di barat laut Iran pada Ahad.

Turut dilaporkan terkorban Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian.

Pasukan mencari dan menyelamat yang tiba di lokasi helikopter terbabit terhempas  tidak menemui penumpang selamat, demikian menurut agensi berita Iran, IRINN dan Mehr News dipetik CNN.

Agensi berita Reuters melaporkan seorang pegawai kerajaan Iran memaklumkan helikopter yang hilang itu ditemui ‘terbakar sepenuhnya’.

Laporan awal daripada pasukan mencari dan menyelamat menunjukkan semua penumpang helikopter itu, termasuk Raisi dan Hossein Amir-Abdollahian, maut dalam nahas itu.

Terdahulu, helikopter membawa Presiden dan Menteri Luar Iran itu dilaporkan terpaksa melakukan ‘pendaratan kecemasan’ di kawasan pergunungan di barat laut Iran di Azerbaijan Timur.

Media juga melaporkan keadaan kabus tebal dan kawasan sukar diakses menyulitkan usaha mencari dan menyelamat mangsa nahas.

Insiden berlaku pada Ahad di Hutan Dizmar antara bandar Varzaqan dan Jolfa di wilayah Azerbaijan Timur ketika Raisi dalam perjalanan pulang dari majlis perasmian empangan bersama Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending