Connect with us

Antarabangsa

Polis didakwa pukul pengundi Muslim di Uttar Pradesh

Anggota polis didakwa menggunakan lathi (kayu sebat panjang) memukul pengundi di pusat pengundian di kawasan majoriti Muslim ketika pemilihan Lok Sabha (Dewan Rakyat India) di Amethi, Uttar Pradesh, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Anggota polis didakwa menggunakan lathi (kayu sebat panjang) memukul pengundi di pusat pengundian di kawasan majoriti Muslim ketika pemilihan Lok Sabha (Dewan Rakyat India) di Amethi, Uttar Pradesh, India.
  • Portal Sabrang India melaporkan Insiden itu berlaku di pusat pengundian 309 di Tiloi.
  • Pusat pengundian lain di Government Inter-college juga menyaksikan insiden di mana wanita Muslim diberikan tekanan, menurut laporan di lapangan.
  • Sumber Sabrang India juga berkongsi video dari lokasi kejadian, di mana penduduk Muslim tempatan menunjukkan kecederaan yang dialami mereka akibat tindakan polis.
  • Mereka berkata polis secara tidak adil mula memukul orang tanpa sebab. Penduduk tempatan juga berkata komuniti Muslim khususnya menjadi sasaran serangan.

Anggota polis didakwa menggunakan lathi (kayu sebat panjang) memukul pengundi di pusat pengundian di kawasan majoriti Muslim ketika pemilihan Lok Sabha (Dewan Rakyat India) di Amethi, Uttar Pradesh, India.

Portal Sabrang India melaporkan Insiden itu berlaku di pusat pengundian 309 di Tiloi.

Pusat pengundian lain di Government Inter-college juga menyaksikan insiden di mana wanita Muslim diberikan tekanan, menurut laporan di lapangan.

Sumber Sabrang India juga berkongsi video dari lokasi kejadian, di mana penduduk Muslim tempatan menunjukkan kecederaan yang dialami mereka akibat tindakan polis.

Mereka berkata polis secara tidak adil mula memukul orang tanpa sebab. Penduduk tempatan juga berkata komuniti Muslim khususnya menjadi sasaran serangan.

Pada 20 Mei, 49 kawasan pilihan raya di seluruh negara mengundi dalam fasa kelima pemilihan Lok Sabha

Menurut laporan Business Insider, Uttar Pradesh mencatat jumlah pengundian kedua tertinggi sehingga jam 9 pagi hari ini dengan 12 peratus diikuti Jharkhand dan Ladakh, masing-masing 11 peratus dan 10 peratus.

Sabrang India sebelum ini melihat bagaimana beberapa negeri menyaksikan pelanggaran dan gangguan berkaitan pilihan raya oleh Parti Bharatiya Janata (BJP) dalam fasa pengundian ini sahaja. 

Sebagai contoh di Telangana, calon BJP Madhavi Latha menuntut pengundi wanita Muslim di pusat pengundian untuk menunjukkan muka mereka dan kad pengenalan. 

Begitu juga keganasan polis di luar pusat pengundian di Sambhal, Uttar Pradesh dan ramai Muslim mengatakan mereka tidak dapat mengundi.

Penduduk Muslim tempatan juga menyatakan polis memukul mereka dengan ganas, bahkan merampas dokumen yang mereka bawa untuk mengundi.

Laporan-laporan ini muncul ketika mana wakil Muslim yang bertanding dalam pemilihan telah berkurangan. Dalam pilihan raya 2019, pelbagai parti, kecuali BJP, menampilkan 115 calon Muslim. Namun, pada tahun 2024, hanya 78 calon Muslim yang dicalonkan. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending