Connect with us

Antarabangsa

Pelindung lembu Gujarat bunuh lelaki hantar kerbau, polis enggan iktiraf jenayah perkauman

Seorang lelaki dalam lingkungan empat puluhan di India dipukul sehingga mati dengan kejam 23 Mei lalu, meninggalkan empat anak dan seorang isteri yang cacat penglihatan.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Lelaki di India yang dipukul sehingga mati dengan kejam.
  • Seorang lelaki dalam lingkungan empat puluhan di India dipukul sehingga mati dengan kejam 23 Mei lalu, meninggalkan empat anak dan seorang isteri yang cacat penglihatan.
  • Mangsa diserang sekumpulan lelaki menggunakan batang besi yang mendakwa diri mereka sebagai “gau rakshaks” atau “pelindung lembu”.
  • Ahli keluarga menggambarkan Mishri Khan Jume Khan Baloch sebagai seorang lelaki rajin, bekerja sebagai buruh di daerah Banaskantha, Gujarat untuk menyara keluarganya.
  • Menurut laporan maklumat pertama (FIR) yang didaftarkan bagi kes tersebut dan diakses The Wire, Baloch dan rakannya Hussain Khan keluar untuk menghantar dua ekor kerbau kepada kakak Baloch selepas membeli haiwan itu dari pasar ternakan tempatan.
  • Tertuduh dikenali sebagai Akherajsinh Parbatsinh Vaghela, Nikulsinh, Jagatsinh, Pravinsinh dan Hamirbhai Thakor didakwa atas kesalahan membunuh, menahan secara salah, intimidasi jenayah dan konspirasi jenayah, demikian menurut FIR itu.

Seorang lelaki dalam lingkungan empat puluhan di India dipukul sehingga mati dengan kejam 23 Mei lalu, meninggalkan empat anak dan seorang isteri yang cacat penglihatan.

Mangsa diserang sekumpulan lelaki menggunakan batang besi yang mendakwa diri mereka sebagai “gau rakshaks” atau “pelindung lembu”.

Ahli keluarga menggambarkan Mishri Khan Jume Khan Baloch sebagai seorang lelaki rajin, bekerja sebagai buruh di daerah Banaskantha, Gujarat untuk menyara keluarganya.

Menurut laporan maklumat pertama (FIR) yang didaftarkan bagi kes tersebut dan diakses The Wire, Baloch dan rakannya Hussain Khan keluar untuk menghantar dua ekor kerbau kepada kakak Baloch selepas membeli haiwan itu dari pasar ternakan tempatan.

Tertuduh dikenali sebagai Akherajsinh Parbatsinh Vaghela, Nikulsinh, Jagatsinh, Pravinsinh dan Hamirbhai Thakor didakwa atas kesalahan membunuh, menahan secara salah, intimidasi jenayah dan konspirasi jenayah, demikian menurut FIR itu.

Semasa lelaki-lelaki tersebut memukul Baloch, rakannya Hussain yang memandu kenderaan melarikan diri dari tempat kejadian.

Polis enggan mengiktiraf kes itu sebagai jenayah perkauman.

Ironinya, serangan terhadap Baloch berlaku pada bulan sama Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata dalam satu perhimpunan kempen di Gujarat bahawa jika seseorang mempunyai dua ekor kerbau, pihak Parti Kongres akan cuba mengambil satu daripadanya. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending