Connect with us

Antarabangsa

Minggu Fesyen Laut Merah, Arab Saudi anjur pertunjukan fesyen baju renang pertamanya

Arab Saudi menganjurkan pertunjukan fesyen baju renang pertamanya pada 17 Mei lalu, menandakan perubahan ketara budaya negara Arab itu yang sebelum ini mewajibkan wanita menjaga kehormatan diri dengan menutup badan atau memakai abaya menutupi seluruh badan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Arab Saudi menganjurkan pertunjukan fesyen baju renang pertamanya pada  17 Mei lalu, menandakan perubahan ketara budaya negara Arab itu yang sebelum ini mewajibkan wanita menjaga kehormatan diri dengan menutup badan atau memakai abaya menutupi seluruh badan.
  • Kebanyakan model mempamerkan baju renang mendedahkan bahu, ada yang menampakkan sebahagian daripada bahagian tengah badan dan ada juga memaparkan potongan leher rendah dengan ‘siluet’ menonjolkan bentuk badan.
  • Acara dianjurkan di tepi kolam renang itu berlangsung pada hari kedua Minggu Fesyen Laut Merah yang julung kali diadakan di St. Regis, Red Sea Resort.
  • Minggu fesyen itu sebahagian daripada Red Sea Global, salah satu projek-mega yang menjadi tumpuan program reformasi sosial dan ekonomi Vision 2030 Arab Saudi yang dipantau Putera Mahkota Mohammed bin Salman (MBS).
  • Sejak dinamakan putera mahkota pada 2017, MBS mengetuai beberapa inisiatif memodenkan masyarakat Saudi, termasuk mengenepikan polis agama negara, memperkenalkan semula panggung wayang dan menganjurkan festival muzik bercampur jantina. 

Arab Saudi menganjurkan pertunjukan fesyen baju renang pertamanya pada 17 Mei lalu, menandakan perubahan ketara budaya negara Arab itu yang sebelum ini mewajibkan wanita menjaga kehormatan diri dengan menutup badan atau memakai abaya menutupi seluruh badan.

Kebanyakan model mempamerkan baju renang mendedahkan bahu, ada yang menampakkan sebahagian daripada bahagian tengah badan dan ada juga memaparkan potongan leher rendah dengan ‘siluet’ menonjolkan bentuk badan.

Acara dianjurkan di tepi kolam renang itu berlangsung pada hari kedua Minggu Fesyen Laut Merah yang julung kali diadakan di St. Regis, Red Sea Resort.

Peragaan utama dalam pertunjukan itu adalah koleksi pereka dari Maghribi, Yasmina Qanzal yang menampilkan baju renang ringkas terdiri daripada sehelai pakaian dengan potongan berbentuk V dan motif bahu terbuka dengan pelbagai jenis kain sarung.

“Memang benar bahawa negara ini sangat konservatif tetapi kami cuba mempamerkan baju renang elegan yang mewakili dunia Arab. 

“Apabila kami datang ke sini, kami faham bahawa pertunjukan fesyen baju renang di Arab Saudi merupakan saat bersejarah, kerana inilah kali pertamanya acara sebegini diadakan,” kata Yasmina kepada agensi berita AFP dipetik Newsweek.

Minggu fesyen itu sebahagian daripada Red Sea Global, salah satu projek-mega yang menjadi tumpuan program reformasi sosial dan ekonomi Vision 2030 Arab Saudi yang dipantau Putera Mahkota Mohammed bin Salman (MBS).

Sejak dinamakan putera mahkota pada 2017, MBS mengetuai beberapa inisiatif memodenkan masyarakat Saudi, termasuk mengenepikan polis agama negara, memperkenalkan semula panggung wayang dan menganjurkan festival muzik bercampur jantina. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending