Connect with us

Terkini

Malaysia perlu tarik diri dari latihan ketenteraan RIMPAC 2024 – NGO pro-Palestin

Kerajaan Malaysia digesa menarik diri daripada menyertai latihan ketenteraan maritim antarabangsa Rim of the Pacific (RIMPAC) 2024 yang akan diadakan di sekitar Kepulauan Hawaii dari 26 Jun hingga 2 Ogos sebagai protes penyertaan tentera rejim Israel dalam latihan ketenteraan itu.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan Malaysia digesa menarik diri daripada menyertai latihan ketenteraan maritim antarabangsa Rim of the Pacific (RIMPAC) 2024 yang akan diadakan di sekitar Kepulauan Hawaii dari 26 Jun hingga 2 Ogos sebagai protes penyertaan tentera rejim Israel dalam latihan ketenteraan itu.
  • Gesaan itu dibuat sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-Palestin, termasuk gerakan Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, MAPIM, Muslim Care Malaysia dan 12 NGO lain.
  • Kumpulan itu berkata Israel adalah terbukti negara penyangak, pariah dan zalim serta secara terang-terangan mengabaikan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia susulan tindakannya terhadap rakyat Palestin selama lebih 70 tahun dan pembunuhan beramai-ramai semasa di Gaza ketika ini.
  • “Dunia harus berhenti memperlakukannya seperti negara biasa yang mematuhi undang-undang jika kita serius mahu menyekat kezaliman yang dilakukannya di Gaza dan Tebing Barat.
  • “Oleh itu, kami mengulangi gesaan kami kepada kerajaan Malaysia untuk segera menarik diri daripada latihan ketenteraan RimPac 2024 untuk menegaskan mesej itu,” katanya dalam satu kenyataan bersama di sini pada Khamis.
  • Difahamkan, KD LEKIU akan menyertai RIMPAC 2024 di Pearl Harbor, Hawaii dan bakal menyaksikan penyertaan lebih dari 30 negara dengan penglibatan 40 buah kapal, empat kapal selam dan 170 pesawat. 

KUALA LUMPUR — Kerajaan Malaysia digesa menarik diri daripada menyertai latihan ketenteraan maritim antarabangsa Rim of the Pacific (RIMPAC) 2024 yang akan diadakan di sekitar Kepulauan Hawaii dari 26 Jun hingga 2 Ogos sebagai protes penyertaan tentera rejim Israel dalam latihan ketenteraan itu.

Gesaan itu dibuat sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-Palestin, termasuk gerakan Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, MAPIM, Muslim Care Malaysia dan 12 NGO lain.

Kumpulan itu berkata Israel adalah terbukti negara penyangak, pariah dan zalim serta secara terang-terangan mengabaikan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia susulan tindakannya terhadap rakyat Palestin selama lebih 70 tahun dan pembunuhan beramai-ramai semasa di Gaza ketika ini.

“Penghinaan Israel terhadap undang-undang antarabangsa dan nyawa rakyat Palestin adalah fakta yang tidak dapat dinafikan serta disokong oleh bukti yang yang sangat jelas. 

“Dunia harus berhenti memperlakukannya seperti negara biasa yang mematuhi undang-undang jika kita serius mahu menyekat kezaliman yang dilakukannya di Gaza dan Tebing Barat.

“Oleh itu, kami mengulangi gesaan kami kepada kerajaan Malaysia untuk segera menarik diri daripada latihan ketenteraan RimPac 2024 untuk menegaskan mesej itu,” katanya dalam satu kenyataan bersama di sini pada Khamis.

Difahamkan, KD LEKIU akan menyertai RIMPAC 2024 di Pearl Harbor, Hawaii dan bakal menyaksikan penyertaan lebih dari 30 negara dengan penglibatan 40 kapal, empat kapal selam dan 170 pesawat. 

RIMPAC 2024 merupakan penglibatan ketiga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan kali kedua bagi KD LEKIU yang menyertainya buat kali pertama pada 2018 dan diteruskan dengan penyertaan KD LEKIR pada 2022. 

Objektif eksesais kali ini adalah untuk melatih keupayaan gabungan pasukan RIMPAC dalam persekitaran maritim dinamik bagi menunjukkan kesalingoperasian berterusan merentasi spektrum penuh operasi ketenteraan. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending