Connect with us

Terkini

“Lita’arafu” bukan toleransi – PMX

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkataan “Lita’arafu” (Berkenal-kenalan) yang disebut dalam al-Quran bukan bermaksud toleransi tetapi adalah mengenali satu sama lain.

Adam Tan

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkataan “Lita’arafu” (Berkenal-kenalan) yang disebut dalam al-Quran bukan bermaksud toleransi tetapi adalah mengenali satu sama lain.
  • Anwar memetik ayat al-Quran dalam Surah al-Hujurat, Ayat 13 yang bermaksud Allah mencipta manusia menjadi pelbagai bangsa adalah untuk Lita’arafu (Berkenal-kenalan).
  • “Ia adalah Lita’arafu, ia adalah berkenal-kenalan, berkenalan bermaksud menghargai,” kata Anwar dalam ucapan perasmian Persidangan Pemimpin Agama Antarabangsa 2024  di Sunway Resort Hotel hari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkataan “Lita’arafu” (Berkenal-kenalan) yang disebut dalam al-Quran bukan bermaksud toleransi tetapi adalah mengenali satu sama lain.

Anwar memetik ayat al-Quran dalam Surah al-Hujurat, Ayat 13 yang bermaksud Allah mencipta manusia menjadi pelbagai bangsa adalah untuk Lita’arafu (Berkenal-kenalan).

“Lita’arafu bukan toleransi, saya bertoleransi dengan kamu yang berbeza warna (kulit), saya bertoleransi dengan kamu yang berbeza kaum. Bukan.

“Ia adalah Lita’arafu, ia adalah berkenal-kenalan, berkenalan bermaksud menghargai,” kata Anwar dalam ucapan perasmian Persidangan Pemimpin Agama Antarabangsa 2024  di Sunway Resort Hotel hari ini.

Katanya, Malaysia adalah negara pelbagai agama di mana agama Islam adalah agama persekutuan dan Muslim terdiri daripada hampir 60 peratus populasi.

“Kita bertanggungjawab untuk memastikan agama Islam diamalkan seperti dalam Perlembagaan (Persekutuan),” katanya.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan setiap warganegara berhak untuk mengamalkan agama masing-masing di Malaysia.

Persidangan dihadiri pemimpin-pemimpin agama dari 57 negara itu dianjurkan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Liga Dunia Muslim (MWL). – The Merdeka Times

Author

Terkini

JAKIM kaji cadangan wajibkan restoran ada sijil halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
  • “Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.
  • “Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” kata Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dipetik FMT pada Khamis dalam sidang media di persidangan antarabangsa, International Conference on Family Law 2024.
  • Semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

KUALA LUMPUR — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ketika ini proses mendapatkan sijil halal lebih kepada sukarela oleh pengusaha restoran atau pemilik syarikat makanan.

“Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.

“Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” katanya dipetik FMT pada Khamis dalam sidang media di persidangan antarabangsa, International Conference on Family Law 2024.

Na’im berkata masyarakat Islam juga harus lebih peka dan mengambil inisiatif untuk menyemak status halal sesebuah restoran menerusi platform disediakan JAKIM seperti Portal Halal Malaysia.

Beliau berkata kesedaran yang tinggi dalam kalangan pengguna boleh membantu meningkatkan tekanan kepada pengusaha restoran untuk mendapatkan sijil halal.

Terdahulu, semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

JAKIM dalam satu kenyataan dilaporkan berkata semakan itu dibuat berdasarkan dalam sistem MYeHALAL JAKIM bagi menjawab pertanyaan mengenai status halal beberapa premis makanan.

Susulan kenyataan itu, Johnny’s Restaurants, Black Canyon Malaysia dan Dolly Dim Sum tampil membuat penjelasan mengenai perkara berkenaan pada Rabu.

Mereka memberi jaminan bahan-bahan dan makanan separa siap dihantar ke semua cawangan restoran menerima sijil halal daripada JAKIM.

Foto: Tangkap layar hantaran Dolly Dim Sum di Facebook.

Dolly Dim Sum dalam satu kenyataan memaklumkan, dapur berpusat yang membekalkan bahan-bahan dan makanan separa siap ke semua cawangan telah menerima sijil halal dari JAKIM (JAKIM.700-2/3/1021-06/2024).

Sementara itu, pihak pengurusan Johnny’s Restaurants and Black Canyon Malaysia pula menjelaskan pada masa ini kedua-dua restoran itu belum lagi disahkan halal oleh JAKIM.

Foto: Kenyataan dikeluarkan Johnny’s Restaurant dan Black Canyon Malaysia.

Bagaimanapun, kedua-dua restoran itu menegaskan semua bahan mentah, termasuk ayam, telur, daging, diperoleh dari pembekal yang memiliki sijil halal. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending