Antarabangsa
Lebih 35,400 maut di Gaza, Israel teruskan pembantaian di wilayah Palestin diduduki
Sekurang-kurangnya 35,456 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di wilayah Gaza sejak 7 Oktober lalu, kata Kementerian Kesihatan wilayah terkepung itu pada Ahad.

- Sekurang-kurangnya 35,456 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di wilayah Gaza sejak 7 Oktober lalu, kata Kementerian Kesihatan wilayah terkepung itu pada Ahad.
- Kenyataan kementerian dipetik agensi berita Anadolu itu turut memberitahu bahawa 79,476 yang lain cedera akibat serangan itu.
- āSerangan Israel membunuh 70 orang dan mencederakan 110 yang lain dalam tempoh dua puluh empat jam lalu,ā kata kenyataan itu.
- āRamai orang masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana penyelamat tidak dapat mencapai mereka,ā katanya.
- Israel meneruskan serangan kejamnya ke atas wilayah Palestin walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menuntut gencatan senjata segera diadakan.
Sekurang-kurangnya 35,456 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di wilayah Gaza sejak 7 Oktober lalu, kata Kementerian Kesihatan wilayah terkepung itu pada Ahad.
Kenyataan kementerian dipetik agensi berita Anadolu itu turut memberitahu bahawa 79,476 yang lain cedera akibat serangan itu.
āSerangan Israel membunuh 70 orang dan mencederakan 110 yang lain dalam tempoh dua puluh empat jam lalu,ā kata kenyataan itu.
āRamai orang masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana penyelamat tidak dapat mencapai mereka,ā katanya.
Israel meneruskan serangan kejamnya ke atas wilayah Palestin walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menuntut gencatan senjata segera diadakan.
Lebih tujuh bulan dalam serangan Israel, kawasan Gaza yang luas dipenuhi kesan runtuhan kini dilumpuhkan dengan sekatan makanan, kekurangan air bersih dan ubat-ubatan.
Israel didakwa melakukan āgenosidā di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, mahkamah itu mengarahkan Tel Aviv untuk memastikan tenteranya tidak melakukan genosid dan mengambil langkah menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza. ā The Merdeka Times
