Terkini
‘Kami tak kisah, Kami pun tak ingin masuk UiTM’ – Netizen bukan Bumiputera
Sentimen di media sosial menunjukkan sebahagian netizen bukan Bumiputera tidak berminat untuk melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sekiranya ia dibuka untuk pelajar bukan Bumiputera.
- Sentimen di media sosial menunjukkan sebahagian netizen bukan Bumiputera tidak berminat untuk melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sekiranya ia dibuka untuk pelajar bukan Bumiputera.
- Sentimen itu dapat dilihat dalam ruangan komen Facebook laporan China Press pada Sabtu memetik kenyataan Pengarah Lawyers of Liberty (LFL), Zaid Malek yang berkata tindakan Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA) menyokong UiTM tidak dibuka kepada bukan Bumiputera adalah tidak berperlembagaan.
- “Takpa, kami tak kisah,” kata seorang pembaca China Press, K Chiang Chin di ruangan komen artikel terbabit.
- “Aiya, kamu buka, kami pun tak ingin nak pergi,” tulis netizen, Robert Lee merujuk kepada isu polemik kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke UiTM.
- Netizen, Kelwin menyifatkan tindakan itu seolah-olah menampakkan pihak terbabit terdesak mendapatkan pelajar Cina.
- “Waktu perlukan baru panggil Cina, waktu tak perlukan suruh pergi. Ingat kami pengemis? Pui,” kritik Kelwin.
- Difahamkan, isu kemasukan ke UiTM menjadi polemik susulan Anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan Bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).
- Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
KUALA LUMPUR – Sentimen di media sosial menunjukkan sebahagian netizen bukan Bumiputera tidak berminat untuk melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sekiranya ia dibuka untuk pelajar bukan Bumiputera.
Sentimen itu dapat dilihat dalam ruangan komen Facebook laporan China Press pada Sabtu memetik kenyataan Pengarah Lawyers of Liberty (LFL), Zaid Malek yang berkata tindakan Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA) menyokong UiTM tidak dibuka kepada bukan Bumiputera adalah tidak berperlembagaan.
Isu pembukaan kemasukan pelajar ke universiti khusus untuk Bumiputera itu menjadi polemik di negara ini sejak beberapa minggu yang lalu.
“Takpa, kami tak kisah,” kata seorang pembaca China Press, K Chiang Chin di ruangan komen artikel terbabit.
Netizen, Angie Sang berkata isu itu seolah-olah menunjukkan kaum Cina terlalu ingin masuk ke universiti itu.
“Cakap macam Cina nak sangat pergi,” komen Angie Sang.
Netizen lain pula berkata mereka tidak ingin masuk ke UiTM jika kemasukannya dibuka untuk pelajar bukan Bumiputera.
“Aiya, kamu buka, kami pun tak ingin nak pergi,” tulis netizen, Robert Lee merujuk kepada isu polemik kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke UiTM.
Netizen, Kelwin menyifatkan tindakan itu seolah-olah menampakkan pihak terbabit terdesak mendapatkan pelajar Cina.
“Waktu perlukan baru panggil Cina, waktu tak perlukan suruh pergi. Ingat kami pengemis? Pui,” kritik Kelwin.
Senada dengan netizen lain, individu dengan nama Chua Ming Yauk juga berkata tiada pihak mahu masuk ke UiTM.
“Nobody want to go ok? (Tiada siapa masuk ke sana ok?),” kata Chua Ming Yauk.
Difahamkan, isu kemasukan ke UiTM menjadi polemik susulan Anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan Bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).
Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. — The Merdeka Times
Sumber: Facebook China Press