Connect with us

Terkini

Indeks Kebebasan Media jatuh, bukti sekatan semakin berkembang – NUJM

Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM) bimbang dengan perkembangan terbaharu kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 susulan ia jatuh dari tangga ke-73 menjadi 107 dalam masa setahun.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM) bimbang dengan perkembangan terbaharu kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 susulan ia jatuh dari tangga ke-73 menjadi 107 dalam masa setahun.
  • Setiausaha Agungnya, Teh Athira Yusof berkata penurunan kedudukan tersebut jelas menunjukkan sekatan semakin berkembang terhadap kebebasan media.
  • Beliau berkata perkara itu berlaku terutama disebabkan langkah proaktif kerajaan untuk mengawal penyebaran maklumat tentang topik seperti bangsa, agama, dan keluarga diraja demi kesejahteraan masyarakat. 
  • “Namun kritikan terhadap kerajaan adalah part and parcel of the media as the fourth estate dan itu bukan alasan untuk mana-mana kerajaan menutup mana-mana syarikat atau portal media sewenangnya,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan laporan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang menunjukkan Malaysia di kedudukan ke-107 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 berbanding tangga ke-73 tahun lalu.
  • Mengulas isu sama, Jurucakap Gerakan Media Merdeka (GERAMM), Radzi Razak berkata adalah mustahak semua pihak termasuk pengamal media dan kerajaan bekerjasama ke arah pengukuhan (prinsip) demokrasi susulan daripada kejatuhan indeks kebebasan media berkenaan.
  • “Selain itu, ranking bukan sahaja melihat sama ada kita menangkap atau memenjarakan atau membunuh mana-mana wartawan.
  • “Ia juga mengukur cara kita mengendalikan cara orang berkongsi maklumat di negara ini dan cara kita mengawal kebebasan bersuara di negara ini,” katanya.

KUALA LUMPUR — Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM) bimbang dengan perkembangan terbaharu kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 susulan ia jatuh dari tangga ke-73 menjadi 107 dalam masa setahun.

Setiausaha Agungnya, Teh Athira Yusof berkata penurunan kedudukan tersebut jelas menunjukkan sekatan semakin berkembang terhadap kebebasan media.

Beliau berkata perkara itu berlaku disebabkan langkah proaktif kerajaan untuk mengawal penyebaran maklumat tentang topik seperti bangsa, agama, dan keluarga diraja demi kesejahteraan masyarakat. 

“Namun kritikan terhadap kerajaan adalah part and parcel of the media as the fourth estate dan itu bukan alasan untuk mana-mana kerajaan menutup mana-mana syarikat atau portal media sewenangnya. 

“Apa-apa tindakan untuk menutup portal atau news company amat membimbangkan kerana ia menyebabkan para wartawan kehilangan kerja

“NUJM menegaskan kerajaan untuk menubuhkan media council seperti dijanjikan dengan harapan peranan media sebagai the fourth estate akan dijalankan lebih baik lagi,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan laporan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang menunjukkan Malaysia di kedudukan ke-107 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 berbanding tangga ke-73 tahun lalu.

Kedudukan Malaysia kini menurun 34 anak tangga dengan mencatat 52.07 mata berbanding tahun sebelumnya iaitu 62.83 mata.

Susulan itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata kedudukan Malaysia jatuh dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 bukan disebabkan kementeriannya semata-mata.

Sebaliknya, akta lain di bawah kementerian berbeza dan pendirian Malaysia terhadap beberapa isu juga mempengaruhi laporan berkenaan.

“Apa-apa pun saya terima laporan itu dengan hati terbuka. Cuma ada individu menyatakan Malaysia lebih teruk daripada Israel dalam kebebasan media.

“Saya jelaskan dekat sini, kami tidak bunuh orang, kami tidak pernah menutup mana-mana media seperti yang berlaku di Gaza, Palestin. Itulah bezanya Malaysia dan Israel,” kata Fahmi.

Mengulas isu sama, Jurucakap Gerakan Media Merdeka (GERAMM), Radzi Razak berkata adalah mustahak semua pihak termasuk pengamal media dan kerajaan bekerjasama ke arah pengukuhan (prinsip) demokrasi susulan daripada kejatuhan indeks kebebasan media berkenaan.

Radzi berkata di era digital hari ini, terdapat banyak cara untuk pihak berkuasa dan penggubal dasar menangani perkara tersebut tanpa menggunakan undang-undang lapuk, yang sebelum ini diusulkan untuk dimansuhkan.

Beliau berkata pihaknya menyokong resolusi tersusun, bijaksana dan saksama yang memelihara kebebasan media dalam negara.

“Selain itu, ranking bukan sahaja melihat sama ada kita menangkap atau memenjarakan atau membunuh mana-mana wartawan.

“Ia juga mengukur cara kita mengendalikan cara orang berkongsi maklumat di negara ini dan cara kita mengawal kebebasan bersuara di negara ini,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending