Connect with us

Antarabangsa

ICC tiada bidang kuasa di Gaza – Jurucakap AS

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Matthew Miller semalam mendakwa hanya Israel dan AS mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan sama ada tindakan tentera pendudukan di Gaza bercanggah dengan undang-undang.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Matthew Miller.
  • Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Matthew Miller semalam mendakwa hanya Israel dan AS mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan sama ada tindakan tentera pendudukan di Gaza bercanggah dengan undang-undang.
  • Semasa sidang akhbar berikutan pengumuman Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan akan mendapatkan waran tangkap untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, Jurucakap Jabatan Negara AS itu menyatakan “kebimbangan besar mengenai pendakwa raya dan langkah diambilnya”.
  • “Kerajaan Israel mempunyai bidang kuasa dan kami mempunyai bidang kuasa dengan penggunaan tentera kami yang kami sediakan,” kata Miller.
  • Wartawan mempersoalkan perkara itu dengan mengatakan AS tidak mempunyai bidang kuasa ke atas kes undang-undang jenayah mahupun ke atas wilayah Palestin yang diduduki.
  • Miller menjawab hujah itu merujuk kepada Undang-undang Leahy yang melarang pemberian bantuan ketenteraan kepada individu atau unit pasukan keselamatan yang melakukan pelanggaran ketara hak asasi manusia.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Matthew Miller semalam mendakwa hanya Israel dan AS mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan sama ada tindakan tentera pendudukan di Gaza bercanggah dengan undang-undang.

Semasa sidang akhbar berikutan pengumuman Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan akan mendapatkan waran tangkap untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, Jurucakap Jabatan Negara AS itu menyatakan “kebimbangan besar mengenai pendakwa raya dan langkah diambilnya”.

“Kerajaan Israel mempunyai bidang kuasa dan kami mempunyai bidang kuasa dengan penggunaan tentera kami yang kami sediakan,” kata Miller dipetik MEMO.

Wartawan mempersoalkan perkara itu dengan mengatakan AS tidak mempunyai bidang kuasa ke atas kes undang-undang jenayah mahupun ke atas wilayah Palestin yang diduduki.

Miller menjawab hujah itu merujuk kepada Undang-undang Leahy yang melarang pemberian bantuan ketenteraan kepada individu atau unit pasukan keselamatan yang melakukan pelanggaran ketara hak asasi manusia.

Presiden AS, Joe Biden juga menyelar keputusan ICC, menyifatkan ia “keterlaluan” dan berjanji untuk berdiri bersama Israel sepanjang proses itu berjalan dan mengecam apa yang beliau panggil “kesetaraan” ditetapkan Khan antara Israel dan Hamas.

Netanyahu pula menyifatkan langkah itu satu “skandal”, menegaskan bahawa “mereka tidak akan menghalang kita,” itulah keazamannya untuk meneruskan perangnya terhadap rakyat Palestin di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending