Connect with us

Antarabangsa

ICC mohon waran tangkap ke atas Netanyahu

Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan semalam menyerahkan notis permohonan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan menteri-menteri kabinetnya, kepada tiga panel hakim terlibat dalam pra-perbicaraan jenayah pembunuhan beramai-ramai (genosid) di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan semalam menyerahkan notis permohonan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan menteri-menteri kabinetnya, kepada tiga panel hakim terlibat dalam pra-perbicaraan jenayah pembunuhan beramai-ramai (genosid) di Gaza.
  • Permohonan waran tangkap itu turut melibatkan Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
  • Turut disenaraikan di bawah permohonan waran tangkap itu adalah pemimpin Hamas, Yahya Sinwar, Mohammed Deif dan Ismail Haniyeh.
  • AP melaporkan permohonan waran tangkap itu susulan kedua-dua pihak terbabit dipercayai melakukan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan di Gaza dan Israel.

Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan semalam menyerahkan notis permohonan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan menteri-menteri kabinetnya, kepada tiga panel hakim terlibat dalam pra-perbicaraan jenayah pembunuhan beramai-ramai (genosid) di Gaza.

Permohonan waran tangkap itu turut melibatkan Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant.

Turut disenaraikan di bawah permohonan waran tangkap itu adalah pemimpin Hamas, Yahya Sinwar, Mohammed Deif dan Ismail Haniyeh.

AP melaporkan permohonan waran tangkap itu susulan kedua-dua pihak terbabit dipercayai melakukan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan di Gaza dan Israel.

Panel tiga hakim akan menentukan sama ada waran tangkap akan dikeluarkan dan kes diteruskan di peringkat penghakiman seterusnya dengan tempoh tipikal dua bulan diperlukan untuk menilai bukti dikemukakan.

Israel bukan negara anggota ICC dan ini bermakna walaupun waran tangkap dikeluarkan, Netanyahu dan Gallant tidak menghadapi risiko untuk didakwa dengan segera.

Namun ancaman penangkapan akan menyukarkan kedua-dua pemimpin Israel itu untuk melancong ke luar negara. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending