Connect with us

Antarabangsa

Hamas serang Tel Aviv buat kali pertama setelah empat bulan

Kumpulan pembebasan Palestin, Hamas pada Ahad berkata ia melepaskan beberapa roket secara serentak ke bandar pantai Israel Tel Aviv, lapor agensi berita Anadolu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan pembebasan Palestin, Hamas pada Ahad berkata ia melepaskan beberapa roket secara serentak ke bandar pantai Israel Tel Aviv, lapor agensi berita Anadolu.
  • Sayap bersenjata kumpulan itu, Briged al-Qassam berkata serangan terbabit “sebagai tindak balas terhadap pembunuhan beramai-ramai Israel terhadap orang awam”.
  • Radio Tentera Israel berkata siren dibunyikan di kawasan Tel Aviv yang lebih luas di tengah Israel.
  • Tembakan roket pada Ahad itu merupakan serangan pertama setelah empat bulan ke atas bandar negara haram tersebut dengan serangan kali terakhir pada 29 Januari lalu.
  • Israel meneruskan serangan kejamnya di wilayah Gaza walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menuntut diadakan gencatan senjata segera.

Kumpulan pembebasan Palestin, Hamas pada Ahad berkata ia melepaskan beberapa roket secara serentak ke bandar pantai Israel Tel Aviv, lapor agensi berita Anadolu.

Sayap bersenjata kumpulan itu, Briged al-Qassam berkata serangan terbabit “sebagai tindak balas terhadap pembunuhan beramai-ramai Israel terhadap orang awam”.

Radio Tentera Israel berkata siren dibunyikan di kawasan luas Tel Aviv di tengah Israel.

Tembakan roket pada Ahad itu merupakan serangan pertama setelah empat bulan ke atas bandar negara haram tersebut dengan serangan kali terakhir pada 29 Januari lalu.

Israel meneruskan serangan kejamnya di wilayah Gaza walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menuntut diadakan gencatan senjata segera.

Hampir 36,000 rakyat Palestin terbunuh di Gaza, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, dengan lebih 80,600 lain cedera sejak Oktober tahun lalu.

Hampir lapan bulan diperangi Israel, kawasan Gaza yang luas dipenuhi kesan runtuhan kini dilumpuhkan dengan sekatan makanan, kekurangan air bersih dan ubat-ubatan.

Israel dituduh melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), yang dalam keputusan terkininya mengarahkan Tel Aviv menghentikan serta-merta operasinya di Rafah, sebuah bandar di selatan Gaza di mana lebih sejuta penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal mencari perlindungan. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending