Connect with us

Antarabangsa

13 wanita dan gadis maut dalam serangan udara Israel di “kawasan selamat” al-Mawasi

Israel membunuh 13 wanita dan gadis daripada 21 pembunuhan dalam serangan udara di “kawasan selamat” al-Mawasi, lapor pemberita Al Jazeera Hind Khoudary pada Selasa.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Israel membunuh 13 wanita dan gadis daripada 21 pembunuhan dalam serangan udara di “kawasan selamat” al-Mawasi, lapor pemberita Al Jazeera Hind Khoudary pada Selasa.
  • Insiden itu merupakan serangan kedua seumpamanya ke atas orang awam yang berlindung di dalam khemah di Gaza.
  • Serangan ngeri bermula malam Ahad itu menyebabkan tempat perlindungan mereka yang terusir itu terbakar, tidak terlalu jauh dari lokasi serangan pada Selasa.
  • Dunia pada Isnin menyaksikan penduduk Palestin yang terusir terpaksa menggali sisa-sisa kebakaran yang membara dengan tangan mereka sendiri.
  • Ini dilakukan atas usaha pencarian mayat, orang cedera atau dalam beberapa kes pencarian sisa-sisa makanan yang boleh mereka simpan supaya keluarga mereka boleh bertahan sedikit lama.

Israel membunuh 13 wanita dan gadis daripada 21 pembunuhan dalam serangan udara di “kawasan selamat” al-Mawasi, lapor pemberita Al Jazeera Hind Khoudary pada Selasa.

Insiden itu merupakan serangan kedua seumpamanya ke atas orang awam yang berlindung di dalam khemah di Gaza.

Serangan ngeri bermula malam Ahad itu menyebabkan tempat perlindungan mereka yang terusir itu terbakar, tidak terlalu jauh dari lokasi serangan pada Selasa.

Dunia pada Isnin menyaksikan penduduk Palestin yang terusir terpaksa menggali sisa-sisa kebakaran yang membara dengan tangan mereka sendiri.

Ini dilakukan atas usaha pencarian mayat, orang cedera atau dalam beberapa kes pencarian sisa-sisa makanan yang boleh mereka simpan supaya keluarga mereka boleh bertahan sedikit lama.

Sekurang-kurangnya 36,096 warga Palestin terbunuh dan 81,136 cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu. Angka kematian di Israel pula 1,139 maut dengan puluhan dilaporkan masih ditawan Hamas di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending