Connect with us

Antarabangsa

1 daripada 4 pemohon universiti transgender diberi penjagaan berbanding 1 daripada 20 rakan sebaya lain – Kajian

Kajian mendapati satu daripada empat transgender pemohon universiti pernah berada dalam sistem penjagaan berbanding hanya satu daripada dua puluh rakan sebaya mereka.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kajian mendapati satu daripada empat transgender pemohon universiti pernah berada dalam sistem penjagaan berbanding hanya satu daripada dua puluh rakan sebaya mereka.
  • The Higher Education Policy Institute (HEPI) mendapati 24 peratus individu transgender yang memohon belajar berpengalaman menerima sistem penjagaan pihak berkuasa tempatan, berbanding 4 peratus dicatat pemohon lain.
  • Selain itu, pemohon transgender lebih berkemungkinan berasal dari kawasan kurang berkemampuan berbanding rakan sebaya mereka dengan catatan 18 peratus berbanding 13 peratus.
  • Laporan itu yang dipetik S2J News juga mendedahkan hampir separuh daripada pemohon transgender iaitu 47 peratus melakukan pengisytiharan kurang upaya berbanding 12 peratus pemohon lain.
  • Selain itu, lebih daripada satu perlima atau 22 peratus melaporkan situasi kesihatan mental, berbeza dengan 3 peratus daripada kumpulan pemohon am.

Kajian mendapati satu daripada empat transgender pemohon universiti pernah berada dalam sistem penjagaan berbanding hanya satu daripada dua puluh rakan sebaya mereka.

The Higher Education Policy Institute (HEPI) mendapati 24 peratus individu transgender yang memohon belajar berpengalaman menerima sistem penjagaan pihak berkuasa tempatan berbanding 4 peratus dicatat pemohon lain.

Selain itu, pemohon transgender lebih berkemungkinan berasal dari kawasan kurang berkemampuan berbanding rakan sebaya mereka dengan catatan 18 peratus berbanding 13 peratus.

Laporan itu yang dipetik S2J News juga mendedahkan hampir separuh daripada pemohon transgender iaitu 47 peratus melakukan pengisytiharan kurang upaya berbanding 12 peratus pemohon lain.

Selain itu, lebih daripada satu perlima atau 22 peratus melaporkan situasi kesihatan mental, berbeza dengan 3 peratus daripada kumpulan pemohon am. 

HEPI menganggarkan hampir 39 peratus individu transgender pada tahap umur tradisional universiti, iaitu 18 hingga 21, sewaktu sekurang-kurangnya sebahagian daripada tempoh peralihan mereka.

Kajian itu turut mendapati pelajar transgender yang memohon ke institusi pengajian tinggi secara konsisten mendapat gred A-level lebih rendah daripada purata dan kurang berkemungkinan untuk memohon universiti-universiti Oxbridge. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending