Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Tiada insiden buktikan Israel langgar undang-undang kemanusiaan antarabangsa di Gaza – Penasihat Rumah Putih

Tuduhan Israel melanggar undang-undang antarabangsa berhubung serangan ke atas petugas World Central Kitchen (WCK) di Gaza merupakan tuduhan tanpa bukti, kata Jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), John Kirby.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), John Kirby.

Tuduhan Israel melanggar undang-undang antarabangsa berhubung serangan ke atas petugas World Central Kitchen (WCK) di Gaza merupakan tuduhan tanpa bukti, kata Jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), John Kirby.

Kirby berkata demikian pada sidang akhbar khas Rumah Putih semalam berhubung insiden serangan di Gaza itu.

“Soalan kamu seawal ini dengan anggapan bahawa ia serangan yang disengajakan, bahawa mereka tahu secara tepat apa yang mereka serang, bahawa mereka menyerang pekerja bantuan, dan ia dilakukan dengan sengaja, tanpa ada bukti mengenainya,” kata penasihat Rumah Putih itu.

Kirby menegaskan Jabatan Negara belum menemui insiden yang membuktikan Israel melanggar undang-undang antarabangsa.

“Saya juga suka mengingatkan kamu tuan, bahawa kami terus menerus meneliti kejadian ketika mana ia berlaku, Jabatan Negara ada prosesnya, dan setakat ini ketika mana kamu dan saya bercakap, mereka tidak menemui sebarang kejadian di mana Israel telah melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

“Melainkan kamu fikir kami tidak mengambil serius perkara ini, saya boleh jamin kamu bahawa kami melakukannya (ambil serius), kami menelitinya secara langsung,” kata Kirby.

“Mereka tidak pernah melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa langsung dalam tempoh lima hingga ke enam bulan lalu?” tanya Niall Stanage, kolumnis The Hill.

“Saya beritahu kamu, Jabatan Negara telah melihat kejadian ini pada masa lalu, dan masih belum menentukan mana-mana insiden tersebut melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” jawab Kirby. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending