Connect with us

Terkini

Penjaja pasar malam di Kedah diarah henti perniagaan waktu solat Maghrib

Semua penjaja pasar malam di Kedah diarah supaya menghentikan seketika operasi perniagaan bagi menghormati waktu solat Maghrib bermula 1 Mei ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto : Pasar Malam Kuah, Langkawi, Kedah.
  • Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah, Mansor Zakaria berkata tempoh menghentikan perniagaan adalah mulai lima minit sebelum dan 10 minit selepas waktu solat Maghrib.
  • Mansor berkata arahan itu dikeluarkan bagi menghormati waktu Maghrib dan memberi ruang kepada peniaga dan orang ramai mendirikan solat.
  • “Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang bersidang pada 21 Februari 2024 bersetuju untuk memberhentikan operasi perniagaan semasa waktu Maghrib.
  • “Berdasarkan keputusan itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) memberi notis kepada semua penjaja pasar malam untuk mematuhi arahan tersebut bermula 1 Mei depan,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.

KUALA LUMPUR — Semua penjaja pasar malam di Kedah diarah supaya menghentikan seketika operasi perniagaan bagi menghormati waktu solat Maghrib bermula 1 Mei ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah, Mansor Zakaria berkata tempoh menghentikan perniagaan adalah mulai lima minit sebelum dan 10 minit selepas waktu solat Maghrib.

Mansor berkata arahan itu dikeluarkan bagi menghormati waktu Maghrib dan memberi ruang kepada peniaga dan orang ramai mendirikan solat.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang bersidang pada 21 Februari 2024 bersetuju untuk memberhentikan operasi perniagaan semasa waktu Maghrib.

“Berdasarkan keputusan itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) memberi notis kepada semua penjaja pasar malam untuk mematuhi arahan tersebut bermula 1 Mei depan,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.

Foto: Notis Pemberitahuan kepada semua penjaja pasar malam dimuat naik di FB Majlis Perbandaran Kulim

Semalam, Facebook Majlis Perbandaran Kulim memuat naik notis pemberitahuan berkenaan kepada semua penjaja pasar malam yang dikeluarkan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim melalui pekeliling bertarikh 21 April 2024.

Tinjauan The Merdeka Times di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan reaksi positif terhadap arahan baru itu dan meminta pihak terbabit menyediakan ruangan solat dan tempat wuduk untuk kegunaan kelompok Muslim. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *