Connect with us

Antarabangsa

Keluarga tebusan ancam ‘bakar’ Israel jika pertukaran tebusan dengan Hamas tidak dicapai segera

Keluarga tebusan Israel di wilayah Gaza pada Sabtu mengancam akan membakar negara itu jika perjanjian pertukaran tebusan dengan Hamas tidak dicapai dengan segera.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Keluarga tebusan Israel di wilayah Gaza pada Sabtu mengancam akan membakar negara itu jika perjanjian pertukaran tebusan dengan Hamas tidak dicapai dengan segera.
  • Keluarga itu mengadakan sidang akhbar di Dataran Kaplan Tel Aviv dan berkata “ada perjanjian dibuat yang boleh dijalankan,” lapor akhbar Israel Yedioth Ahronoth.
  • Mereka enggan berdiri mahupun merayu, mengancam untuk “membakar negara” jika perjanjian tidak dicapai, kata akhbar itu.
  • Menurut akhbar harian itu juga, ahli keluarga dan ribuan penunjuk perasaan turut melaungkan slogan, “Setuju sekarang”.
  • Ahli keluarga tebusan warga Israel pada Sabtu menyalahkan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu kerana menghalang rundingan.

Keluarga tebusan Israel di wilayah Gaza pada Sabtu mengancam akan membakar negara itu jika perjanjian pertukaran tebusan dengan Hamas tidak dicapai dengan segera.

Keluarga itu mengadakan sidang akhbar di Dataran Kaplan Tel Aviv dan berkata “ada perjanjian dibuat yang boleh dijalankan,” lapor akhbar Israel Yedioth Ahronoth.

Mereka enggan berdiri mahupun merayu, mengancam untuk “membakar negara” jika perjanjian tidak dicapai, kata akhbar itu.

Menurut akhbar harian itu, ahli keluarga dan ribuan penunjuk perasaan turut melaungkan slogan, “Setuju sekarang”.

Ahli keluarga tebusan warga Israel pada Sabtu menyalahkan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu kerana menghalang rundingan.

Menurut Yedioth Ahronoth, keluarga tebusan warga Israel dalam kenyataan di luar ibu pejabat Kementerian Pertahanan di Tel Aviv berkata, “Netanyahu tidak memberikan mereka pilihan bila dia menolak cadangan dan berdegil menghalang cadangan Israel dalam rundingan”.

Mereka menggambarkan tingkah laku perdana menteri itu sebagai “satu jenayah dan tidak diduga”.

Mereka tiada pilihan kecuali berusaha supaya Netanyahu digantikan secepat mungkin untuk mencapai persetujuan dengan Hamas, kata keluarga tebusan itu.

Mereka menggesa anggota kerajaan lain dan gabungannya, termasuk parti Yahudi ultra-Ortodoks, untuk menbantu mereka membebaskan keluarga mereka.

Tel Aviv kini menahan sekurang-kurangnya 9,100 tahanan Palestin di penjaranya, manakala terdapat sekitar 134 tebusan Israel di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending