Terkini
Jemput profesor pro-Israel, UM mohon maaf
Universiti Malaya (UM) hari ini memohon maaf kepada semua pihak susulan kontroversi menjemput Profesor Bruce Gilley dari Universiti Negeri Portland sebagai penceramah jemputan ke universiti itu.
- Universiti Malaya (UM) hari ini memohon maaf kepada semua pihak susulan kontroversi menjemput Profesor Bruce Gilley dari Universiti Negeri Portland sebagai penceramah jemputan ke universiti itu.
- UM berkata pihaknya mengambil tindakan serta-merta membatalkan sebarang program dan aktiviti melibatkan penceramah jemputan warga asing itu.
- “UM ambil maklum saranan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir. Kami kesal dengan kenyataan kontroversi serta tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di laman media sosial.
- “Laporan lengkap berhubung isu tersebut sedang disediakan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati turut terlibat dalam perkara ini,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
- UM berkata pihaknya sedang menambah baik prosedur dan garis panduan lebih ketat, terutamanya semakan latar belakang mana-mana individu atau pihak yang akan bekerjasama, termasuk kajian penilaian risiko profil media sosial, bagi memastikan insiden sama tidak berulang.
- Terdahulu, UM dikecam hebat kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda zionis Israel dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) hari ini memohon maaf kepada semua pihak susulan kontroversi menjemput Profesor Bruce Gilley dari Universiti Negeri Portland sebagai penceramah jemputan ke universiti itu.
UM berkata pihaknya mengambil tindakan serta-merta membatalkan sebarang program dan aktiviti melibatkan penceramah jemputan warga asing itu.
“UM ambil maklum saranan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir. Kami kesal dengan kenyataan kontroversi serta tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di laman media sosial.
“Laporan lengkap berhubung isu tersebut sedang disediakan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati turut terlibat dalam perkara ini,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
UM berkata pihaknya sedang menambah baik prosedur dan garis panduan lebih ketat, terutamanya semakan latar belakang mana-mana individu atau pihak yang akan bekerjasama, termasuk kajian penilaian risiko profil media sosial, bagi memastikan insiden sama tidak berulang.
Katanya, UM turut mengecam kenyataan terbaru individu tersebut berkenaan aspek keselamatan mengembara ke Malaysia
“Ini merupakan kenyataan tidak bertanggungjawab dan melampau yang mencetuskan kemarahan seluruh rakyat Malaysia.
“Pihak UM akan terus mendukung pendirian kerajaan yang menentang sebarang unsur berkait dengan Israel dan menyokong penuh usaha mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka yang sah,” katanya.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebelum ini mengarahkan UM membatalkan sebarang program dan aktiviti dijadual dihadiri penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetus kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Zambry turut mengarahkan universiti berkenaan menyiasat perkara berkenaan dan melaporkan segera butiran lanjut.
Terdahulu, UM dikecam hebat kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda zionis Israel dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi. – The Merdeka Times
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa2 days ago
Turkiye sekat akses Discord