Connect with us

Antarabangsa

Impak boikot, McDonald’s Corporation ambil alih francais Israel

McDonald’s Corporation pada Khamis berkata ia akan memperoleh Alonyal, pemilik 225 restoran McDonald’s di Israel, yang dilanda serangan boikot disebabkan peperangan di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pegawai Eksekutif McDonald's Corporation, Chris Kempczinski.
  • McDonald’s Corporation pada Khamis berkata ia akan memperoleh Alonyal, pemilik 225 restoran McDonald’s di Israel, yang dilanda serangan boikot disebabkan peperangan di Gaza.
  • Terma transaksi berkenaan bagaimanapun tidak didedahkan. McDonald’s dalam satu kenyataan dipetik Times of Israel berkata transaksi itu tertakluk kepada syarat yang tidak dikenal pasti.
  • Alonyal mengendalikan restoran McDonald’s di Israel selama lebih 30 tahun, memiliki 225 hartanah francais dengan lebih 5,000 pekerja, yang akan dikekalkan selepas penjualan.
  • McDonald’s menjadi sasaran gesaan boikot selepas restoran francais di Israel itu menawarkan ribuan makanan percuma kepada tentera Israel.
  • Saham McDonald’s merosot hampir dua peratus dalam dagangan selepas pasaran pada Khamis. 

McDonald’s Corporation pada Khamis berkata ia akan memperoleh Alonyal, pemilik 225 restoran McDonald’s di Israel, yang dilanda serangan boikot disebabkan peperangan di Gaza.

Terma transaksi berkenaan bagaimanapun tidak didedahkan. McDonald’s dalam satu kenyataan dipetik Times of Israel berkata transaksi itu tertakluk kepada syarat yang tidak dikenal pasti.

Alonyal mengendalikan restoran McDonald’s di Israel selama lebih 30 tahun, memiliki 225 hartanah francais dengan lebih 5,000 pekerja, yang akan dikekalkan selepas penjualan.

McDonald’s menjadi sasaran gesaan boikot selepas restoran francais di Israel itu menawarkan ribuan makanan percuma kepada tentera Israel.

Jualan suku keempat McDonald mengecewakan penganalisis. 

Di restoran francais luar Amerika Syarikat (AS), jualan setanding jatuh 0.7 peratus.

“Jelas sekali tempat yang dilihat memberi kesan yang paling ketara adalah di Timur Tengah. Kami melihat beberapa impak di negara Islam lain seperti Malaysia, Indonesia,” kata Ketua Eksekutif, Chris Kempczinski.

Ini juga berlaku di negara yang mempunyai populasi Muslim yang besar seperti Perancis, terutama sekali restoran di kawasan kejiranan yang terdapat ramai Muslim, katanya.

Saham McDonald’s merosot hampir dua peratus dalam dagangan selepas pasaran pada Khamis. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending