Connect with us

Terkini

Dasar luar Malaysia rapuh, tidak bersedia untuk konflik peperangan

Dasar luar Malaysia tentang konflik dilihat rapuh dan tidak jelas, sekaligus meletakkan negara dalam kedudukan tidak bersedia sekiranya berlaku peperangan seperti di timur tengah, kata pensyarah dari School of law and Governance Universiti Taylor’s.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pensyarah dari School of law and Governance Universiti Taylor's, Dr Saidatul Nadia Abd Aziz.
  • Dasar luar Malaysia tentang konflik dilihat rapuh dan tidak jelas, sekaligus meletakkan negara dalam kedudukan tidak bersedia sekiranya berlaku peperangan seperti di timur tengah, kata pensyarah dari School of law and Governance Universiti Taylor’s, Dr Saidatul Nadia Abd Aziz.
  • Beliau berkata dengan permainan geopolitik sekarang yang amat kejam dan berubah pantas, tidak mustahil Malaysia bakal berdepan nasib sama seperti mana berlaku ke atas  Palestin.
  • Beliau berkata tidak mustahil juga keamanan negara yang dirasakan akan kekal hingga ke kiamat akan tergugat berikutan dasar luar itu.
  • “Dasar luar negara kita tak jelas kata mempertahankan ataupun dia (Malaysia) dah cakap (orang asing) jangan masuk atau apa-apa, pertahanan kita sebagainya… semua isu itu bila saya yang sudah banyak buat kajian ini nampaklah macam mana rapuhnya, sebagainya dasar (luar Malaysia) kita tak berapa nak kuat.
  • “Kita tak bersedia untuk konflik yang kita ada sebegini ini… kita memang tak bersedia,” katanya menerusi video Wacana Sinar Edisi ke-436 bertajuk ‘Konflik Iran-Israel: Kesan Kepada Malaysia’ yang dimuat naik Youtube Sinar Harian di sini semalam. 
  • Beliau berkata Jordan boleh dijadikan contoh negara mempunyai dasar luar jelas apabila ia enggan membenarkan ruang udaranya dan kawasan negara itu ‘diganggu’ dalam konflik ketika ini dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

KUALA LUMPUR — Dasar luar Malaysia tentang konflik dilihat rapuh dan tidak jelas, sekaligus meletakkan negara dalam kedudukan tidak bersedia sekiranya berlaku peperangan seperti di timur tengah, kata pensyarah dari School of law and Governance Universiti Taylor’s.

Dr Saidatul Nadia Abd Aziz berkata dengan permainan geopolitik sekarang yang amat kejam dan berubah pantas, tidak mustahil Malaysia bakal berdepan nasib sama seperti mana berlaku ke atas  Palestin.

Beliau berkata tidak mustahil juga keamanan negara yang dirasakan akan kekal hingga ke kiamat akan tergugat berikutan dasar luar itu.

Katanya, Jordan boleh dijadikan contoh negara mempunyai dasar luar jelas apabila ia enggan membenarkan ruang udaranya dan kawasan negara itu ‘diganggu’ dalam konflik ketika ini dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

Kalau dasar luar Malaysia sangat rapuh, sesiapa sahaja boleh masuk ke dalam negara kita dan kita pun tak mustahil boleh jadi seperti Palestin,  di mana mereka (orang asing) masuk, fight negara kita. 

“Dasar luar negara kita tak jelas kata mempertahankan ataupun dia (Malaysia) dah cakap (orang asing) jangan masuk atau apa-apa, pertahanan kita sebagainya… semua isu itu bila saya yang sudah banyak buat kajian ini nampaklah macam mana rapuhnya sebagainya dasar (luar Malaysia) kita tak berapa nak kuat.

“Kita tak bersedia untuk konflik yang kita ada sebegini ini… kita memang tak bersedia,” katanya menerusi video Wacana Sinar Edisi ke-436 bertajuk ‘Konflik Iran-Israel: Kesan Kepada Malaysia’ yang dimuat naik Youtube Sinar Harian di sini semalam. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata pelancaran dron Iran merupakan tindakan yang sah berikutan serangan biadab rejim zionis Israel terhadap Kedutaan Iran di Damsyik. 

Media pada Isnin melaporkan kabinet Jordan mengatakan setiap objek yang terbang memasuki ruang udara negara itu pada lewat malam Sabtu lalu dipintas demi keselamatan rakyat Jordan.

Kenyataan itu dikeluarkan kabinet Jordan selepas masyarakat dunia mempersoalkan mengapa negara itu memintas dron Iran yang disasarkan ke wilayah jajahan haram Israel. — The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending