Connect with us

Terkini

Ahli upacara agama Cina memandu sambil tutup mata

Seorang ahli upacara agama kepercayaan Cina memandu kereta sambil menutup mata menggunakan kain akan diambil tindakan oleh pihak polis.

Adam Tan

Published

on

Foto: Seorang ahli upacara agama kepercayaan Cina memandu kereta sambil menutup mata menggunakan kain.
  • Seorang ahli upacara agama kepercayaan Cina memandu kereta sambil menutup mata menggunakan kain akan diambil tindakan oleh pihak polis.
  • Sebuah syarikat di Bandar Changhua, Taiwan menjemput seorang ahli upacara agama kepercayaan Cina (Ji Tong) untuk mengadakan upacara keagamaan di syarikat itu, lapor TTV News di Youtube.
  • Polis berkata tindakan itu telah melanggar undang-undang jenayah, membahayakan keselamatan awam dan undang-undang jalan raya.
  • Individu terbabit telah dipanggil pihak polis bagi siasatan lanjut.

Seorang ahli upacara agama kepercayaan Cina memandu kereta sambil menutup mata menggunakan kain akan diambil tindakan oleh pihak polis.

Sebuah syarikat di Bandar Changhua, Taiwan menjemput seorang ahli upacara agama kepercayaan Cina (Ji Tong) untuk mengadakan upacara keagamaan di syarikat itu, lapor TTV News di Youtube.

Dalam sebuah video yang tular, Ji Tong itu kelihatan memandu ke dalam syarikat itu sambil menutup mata menggunakan sehelai kain merah.

Terdapat orang awam yang menyaksikan tindakan itu berkata ia adalah keajaiban tuhan.

Polis berkata tindakan itu telah melanggar undang-undang jenayah, membahayakan keselamatan awam dan undang-undang jalan raya.

Siasatan awal polis menunjukkan Ji Tong itu memandu sejauh 240 meter.

Individu terbabit telah dipanggil pihak polis untuk siasatan lanjut.

Ji Tong merupakan individu yang menjadi perantara roh dalam upacara kepercayaan Cina di mana masyarakat Cina percaya dewa akan memasuki badan Ji Tong untuk berinteraksi dengan manusia. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube TTV News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Enjin carian dikuasakan AI kemungkinan langgar hak cipta kandungan berita – Media Jepun

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.
  • Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.
  • Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.
  • Persatuan media itu menyatakan kebimbangan tentang “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”, sekali gus boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita”.
  • Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.

Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.

Persatuan itu juga menyatakan kebimbangan mengenai “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”.

Ia boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita,” katanya.

“Enjin carian AI kadangkala mengembalikan respons yang tidak tepat kerana mereka menggunakan semula atau mengubah suai artikel secara tidak wajar,” kata persatuan itu.

Persatuan itu berkata syarikat harus memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan mereka sebelum pelancaran.

Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Kenyataan itu turut menunjukkan “isu ‘carian sifar klik’, di mana pengguna tidak melawat sumber asal (artikel/kandungan)”.

“Kekurangan trafik boleh membawa kepada pengurangan aktiviti pelaporan organisasi berita, yang kemudiannya akan memberi kesan negatif kepada demokrasi dan budaya,” kata persatuan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending