Connect with us

Antarabangsa

10,000 wanita terbunuh, 19,000 anak-anak yatim piatu di Gaza – Wanita PBB

Lebih 10,000 wanita terbunuh di Gaza, termasuk 6,000 ibu yang meninggalkan 19,000 anak yatim piatu, demikian menurut pertubuhan hak wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lebih 10,000 wanita terbunuh di Gaza, termasuk 6,000 ibu yang meninggalkan 19,000 anak yatim piatu, demikian menurut pertubuhan hak wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
  • Dalam laporan baharu mengenai kesan ke atas jantina berkenaan perang, Wanita PBB juga berkata bahawa wanita Palestin yang terselamat daripada serangan udara dan operasi darat tentera Israel kini kehilangan tempat tinggal, menjadi balu dan berdepan kebuluran.
  • Peperangan Israel ke atas Gaza “juga perang terhadap wanita”, kata agensi PBB pada pelancaran laporan Scarcity and fear: A gender analysis of the impact of the war in Gaza on vital services essential to women’s and girls’ health, safety, and dignity – Water, sanitation, and hygiene (WASH).

Lebih 10,000 wanita terbunuh di Gaza, termasuk 6,000 ibu yang meninggalkan 19,000 anak yatim piatu, demikian menurut pertubuhan hak wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dalam laporan baharu mengenai kesan ke atas jantina berkenaan perang, Wanita PBB berkata wanita Palestin yang terselamat daripada serangan udara dan operasi darat tentera Israel kini kehilangan tempat tinggal, menjadi balu dan berdepan kebuluran.

Peperangan Israel ke atas Gaza “juga perang terhadap wanita”, kata agensi PBB pada pelancaran laporan Scarcity and fear: A gender analysis of the impact of the war in Gaza on vital services essential to women’s and girls’ health, safety, and dignity – Water, sanitation, and hygiene (WASH).

Al Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 33,843 rakyat Palestin terbunuh dan 76,575 cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu. 

Angka kematian di Israel akibat serangan Hamas pada 7 Oktober ialah 1,139 dan puluhan masih ditahan di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tentera Mesir dan Israel bertempur di sempadan Rafah

Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.
  • Berita yang belum disahkan memberitahu sekurang-kurangnya tujuh orang Israel cedera, dan seorang askar Mesir terbunuh, di tengah-tengah ketegangan meningkat di antara Mesir dan Israel.
  • Sumber keselamatan memberitahu The New Arab bahawa tentera Mesir, susulan insiden itu meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan sekitar lintasan sempadan di wilayah Sinai Utara Mesir, yang dirampas Israel awal bulan ini.

Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.

Berita belum disahkan memberitahu sekurang-kurangnya tujuh tentera Israel cedera dan seorang askar Mesir terbunuh di tengah-tengah ketegangan meningkat di antara Mesir dan Israel.

Sumber keselamatan memberitahu The New Arab bahawa tentera Mesir, susulan insiden itu meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan sekitar lintasan sempadan di wilayah Sinai Utara Mesir, yang dirampas Israel awal bulan ini. 

Sumber peringkat tinggi itu, yang bercakap dengan TNA dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana tidak diberi kuasa memberi taklimat kepada media, tidak menjelaskan lebih lanjut tetapi berkata “askar Israel membalas tembakan dan kemudian melepaskan tembakan amaran sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.”

Tiada butiran lanjut tersedia serta-merta pada masa penerbitan, tetapi laporan yang tidak disahkan mengatakan tentera Israel dilaporkan berundur dari sempadan Palestin di sempadan Rafah.

Sementara itu, tentera Mesir tidak mengesahkan atau menafikan kejadian itu secara rasmi.

Walaupun secara teknikalnya keamanan dengan Israel wujud sejak 1970-an, warga Mesir bertelagah dengan rejim zionis secara berturut-turut mengenai normalisasi.

Secara diplomatik dan komersial, Kaherah menganggap Israel sebagai sebuah negara mempunyai hubungan kukuh di beberapa kawasan tetapi ketegangan semakin memuncak selepas Israel melancarkan perangnya ke atas Gaza Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending