Connect with us

Antarabangsa

Yahudi akan menetap di utara Gaza bila perang tamat – Ahli Parlimen Israel

Perang Israel di Gaza akan berakhir dengan orang Yahudi menetap di utara wilayah itu, kata Ketua Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan Knesset (Parlimen Israel) pada Ahad.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan Knesset (Parlimen Israel), Zvika Fogel.
  • Perang Israel di Gaza akan berakhir dengan orang Yahudi menetap di utara wilayah itu, kata Ketua Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan Knesset (Parlimen Israel) pada Ahad.
  • “Israel mesti tamatkan peperangan apabila orang Yahudi menetap di seluruh bahagian utara wilayah Gaza,” kata Zvika Fogel kepada penyiar awam Israel KAN.
  • Fogel menyeru penggalakkan “penghijrahan sukarela” rakyat Palestin dari wilayah Gaza.
  • Di tengah-tengah kemarahan antarabangsa, beberapa pegawai Israel menggesa penggalakan apa yang mereka panggil “penghijrahan sukarela” rakyat Palestin dari wilayah Gaza.

Perang Israel di Gaza akan berakhir dengan orang Yahudi menetap di utara wilayah itu, kata Ketua Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan Knesset (Parlimen Israel) pada Ahad.

“Israel mesti tamatkan peperangan apabila orang Yahudi menetap di seluruh bahagian utara wilayah Gaza,” kata Zvika Fogel kepada penyiar awam Israel KAN.

Fogel menyeru penggalakkan “penghijrahan sukarela” rakyat Palestin dari wilayah Gaza. 

“Sesiapa yang ingin berhijrah secara sukarela akan menerima hibah daripada saya,” katanya dipetik agensi berita Anadolu.

Di tengah-tengah kemarahan antarabangsa, beberapa pegawai Israel menggesa penggalakan apa yang mereka panggil “penghijrahan sukarela” rakyat Palestin dari wilayah Gaza.

Lebih 32,200 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 74,500 cedera di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.

Israel juga mengenakan sekatan yang melumpuhkan Gaza, menyebabkan khususnya penduduk di utara Gaza, berdepan kebuluran. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending