Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Video kejam dua rakyat Palestin ditembak mati, ditimbus jentolak Israel tular

Al Jazeera Arab awal hari ini menyiarkan video menunjukkan askar Israel menembak mati dua rakyat Palestin yang berjalan di kawasan lapang di sepanjang pantai.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tangkap layar video menunjukkan askar Israel menembak mati dua rakyat Palestin yang berjalan di kawasan lapang di sepanjang pantai.

Al Jazeera Arab awal hari ini menyiarkan video menunjukkan askar Israel menembak mati dua rakyat Palestin yang berjalan di kawasan lapang di sepanjang pantai.

Wartawan Al Jazeera melaporkan lelaki itu cuba untuk kembali ke utara Gaza melalui jalan al-Rashid.

Berhampiran bulatan Nablusi di barat daya Gaza City, lelaki yang mengibarkan bendera putih itu ditemui sekumpulan penempatan tentera Israel dan dibunuh.

Mayat mereka kemudiannya ditimbus di antara pasir, sampah dan sisa-sisa runtuhan oleh jentolak tentera rejim itu.

Bekas Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai situasi hak asasi manusia di Palestin, Profesor Richard Falk berkata insiden tembakan dua warga Palestin di pantai Gaza itu adalah “pengesahan jelas tentang kekejaman Israel yang berterusan”.

Bukti visual pembunuhan itu menyerlahkan “watak jelas kekejaman Israel yang dilakukan setiap hari”,” kata Falk kepada Al Jazeera.

Pendedahan langsung kekejaman itu “sebahagian daripada apa yang sangat mengejutkan sepanjang penyerangan Israel ke atas Gaza ini,” kata Falk yang bercakap dari California.

“Mata dan telinga dunia diserang secara langsung oleh pembentukan sikap genosid sebegini. Ia realiti yang mengejutkan bilamana tiada reaksi buruk dari (golongan) demokrasi liberal di Barat. Ini saat yang memalukan (berkenaan) sikap moral antarabangsa, Barat,” katanya.

Falk berkata Israel tidak menghiraukan untuk menegakkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan enggan mengubah tingkah lakunya di Gaza walaupun setelah pewartaan resolusi gencatan senjata Majlis Keselamatan PBB, baru-baru ini. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending