Antarabangsa
(VIDEO) Tentera Israel rogol, bunuh wanita Palestin di Hospital al-Shifa – Saksi
Tentera Israel yang menyerbu Hospital al-Shifa di Gaza City minggu lalu dilaporkan merogol wanita Palestin sebelum membunuh mereka.

Tentera Israel yang menyerbu Hospital al-Shifa di Gaza City minggu lalu dilaporkan merogol wanita Palestin sebelum membunuh mereka.
Jamila Al-Hissi yang terperangkap di dalam bangunan berhampiran kemudahan kesihatan itu dalam temu bual bersama Al Jazeera melaporkan rejim pendudukan Israel (IOF) menculik dan membunuh wanita dalam serbuan mereka di hospital itu.
“Mereka merogol, menculik, membunuh wanita dan menarik mayat dari bawah runtuhan, dan mereka diberikan kepada anjing mereka.
“Apakah yang lebih mengerikan daripada mendengar wanita meminta pertolongan?
“Apabila kami cuba mendekati mereka untuk memberikan bantuan, mereka menembak kami,” katanya.
Aktivis Watan-Palestin memetik suami kepada seorang wanita yang dirogol tentera Israel berkata, “mereka mengarahkan dia menanggalkan pakaian dan mula memukulnya.
“Dia memberitahu tentera bahawa dia hamil lima bulan, supaya dia tidak dipukul, tetapi mereka terus memukulnya.
“Selepas beberapa jam, mereka membawa keluar semua wanita kecuali wanita hamil itu dan anak-anaknya.
“Mereka membawanya ke hadapan suami dan anak-anaknya dan merogolnya, mengarahkan lelaki itu supaya tidak menutup mata mereka atau mereka akan ditembak,” lapor PressTV.
Israel melancarkan peperangan di wilayah Gaza pada 7 Oktober lalu selepas Hamas melancarkan operasi mengejut Taufan Al-Aqsa ke wilayah yang diduduki sebagai tindak balas terhadap peningkatan jenayah rejim pendudukan terhadap rakyat Palestin.
Rejim zionis membunuh sekurang-kurangnya 32,226 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan mencederakan 74,518 yang lain. – The Merdeka Times
View this post on Instagram
