Connect with us

Terkini

(VIDEO) Siasatan polis terhadap Kok Seong takutkan ahli akademik lain untuk kongsi fakta – Pengerusi UMMAH

Tindakan memfailkan siasatan polis terhadap Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong susulan kenyataannya yang dikeluarkan sebuah portal media baru-baru ini dilihat sebagai menakutkan-nakutkan ahli akademik lain.

Hidayah Sani

Published

on

Siasatan polis terhadap Kok Seong
Foto: Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa.
  • Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa berkata situasi dihadapi Kok Seong itu akan menyebabkan ahli akademik lain selepas ini akan lebih berhati-hati untuk mengeluarkan pendapat, malah mereka yang takut mungkin enggan mengemukakan sebarang fakta lagi.
  • Katanya, situasi sedemikian adalah sangat tidak baik kepada dunia akademik dan profesional serta pakar-pakar yang ada dalam negara, justeru kerajaan sepatutnya mengambil tindakan serius dalam perkara berkenaan supaya ia dapat diperbaiki.
  • “Sangat tidak wajar dan juga menyekat dan menakutkan ahli akademik selepas daripada ini. 
  • “Sepatutnya kita meraikan kepelbagaian, kehebatan dan juga keilmuan pelbagai pihak dalam negara kita,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Tindakan memfailkan siasatan polis terhadap Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong susulan kenyataannya yang dikeluarkan sebuah portal media baru-baru ini dilihat sebagai menakutkan-nakutkan ahli akademik lain.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa berkata situasi dihadapi Kok Seong itu akan menyebabkan ahli akademik lain selepas ini akan lebih berhati-hati untuk mengeluarkan pendapat, malah mereka yang takut mungkin enggan mengemukakan sebarang fakta lagi.

Katanya, situasi sedemikian adalah sangat tidak baik kepada dunia akademik dan profesional serta pakar-pakar yang ada dalam negara, justeru kerajaan sepatutnya mengambil tindakan serius dalam perkara berkenaan supaya ia dapat diperbaiki.

“Sangat tidak wajar dan juga menyekat dan menakutkan ahli akademik selepas daripada ini. 

“Saya kira ahli akademik selepas ini sudah pasti akan berhati-hati, sudah pasti tidak lagi mahu mengeluarkan pendapat mereka yang sebenarnya dan sudah pasti mereka tidak akan mengeluarkan fakta-fakta kalau mereka takut.

“Tapi kalau mereka berani sebagaimana Prof Datuk Teo Kok Seong ini mereka akan dikenakan tindakan jadi apa sudah jadi dengan suasana negara kita? 

“Sepatutnya kita meraikan kepelbagaian, kehebatan dan juga keilmuan pelbagai pihak dalam negara kita,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini hari ini.

Mohd Zai antara wakil NGO yang memberi sokongan dan bersolidariti bersama Kok Seong di IPD Brickfields bersama beberapa rakan NGO lain antaranya Majlis Perundingan Melayu (MPM), Badan Bertindak, Gerakan Pengundi Sedar dan beberapa NGO serta individu lain. 

4 Mac lalu, Teresa Kok yang merupakan Ahli Parlimen Seputeh dilaporkan melabel Kok Seong sebagai rasis dalam Dewan Rakyat kerana membuat kenyataan didakwa berbaur hasutan berkenaan masyarakat Cina.

Kok Seong berkata demikian ketika mengulas punca utama perpaduan kaum masih tidak sempurna hari ini selepas menyatakan penubuhan sekolah vernakular tidak boleh melebihi sekolah kebangsaan kerana ia hanya aliran sampingan, seharusnya tidak boleh mengatasi bilangan sekolah kebangsaan yang menjadi aliran utama sistem pendidikan negara.

Beliau juga tidak menafikan sekolah vernakular sememangnya menjadi penghalang kepada usaha mewujudkan perpaduan negara dan kaum. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Media jangan timbul persepsi, kaitkan tindakan keganasan dengan agama pelaku – Pendakwah

Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz (kiri) & Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kanan).
  • Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.
  • Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.
  • Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.
  • “Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 
  • “Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
  • Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.
  • Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

KUALA LUMPUR — Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.

Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.

“Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 

“Dia pasti tidak akan memalukan diri sendiri mendedah aurat atau mencederakan orang lain.

“Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Semalam, media melaporkan suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad merupakan seorang hafiz al-Quran dan pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan sebagai berkata hasil ujian dilakukan pada Isnin mendapati suspek berusia 38 tahun itu fasih dengan ayat-ayat al-Quran dan sebagainya.

Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.

Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

Seriously saya tak nampak. Andai mesej ingin disampaikan ialah sebagai seorang penghafal Quran dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, semua Muslim tidak seharusnya melakukan apa yang telah dilakukannya.

“Jikalau ini adalah amalan biasa, harap selepas ini mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh juga ditulis masjid, gereja, tokong, kuil dan kelayakan agama pelaku untuk lebih saksama,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, semalam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending