Connect with us

Antarabangsa

UK menduduki tempat kedua negara paling tidak bahagia di dunia – Kajian

Sebuah Yayasan Neurosains, Sapiens Lab menyenaraikan United Kingdom sebagai negara kedua paling tidak bahagia di dunia.

Wartawan TMT

Published

on

UK menduduki tempat kedua negara paling tidak bahagia di dunia - Kajian
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebuah Yayasan Neurosains, Sapiens Lab menyenaraikan United Kingdom sebagai negara kedua paling tidak bahagia di dunia.
  • Republik Dominican mendahului senarai sebagai negara paling gembira di dunia, diikuti oleh Sri Lanka di tempat kedua dan Tanzania di tempat ketiga. Kesemua sepuluh negara teratas adalah negara Afrika, Asia atau Amerika Latin.
  •  Laporan itu turut mendapati bahawa kesejahteraan mental lebih rendah di negara-negara yang mengamalkan pemakanan tidak sihat seperti makanan proses, pendedahan gajet kepada kanak-kanak di awal usia, dan kerenggangan hubungan antara ahli keluarga.

Sebuah Yayasan Neurosains, Sapiens Lab menyenaraikan United Kingdom sebagai negara kedua paling tidak bahagia di dunia.

Menurut tinjauan itu, ia berikutan kemerosotan kesihatan mental warga Britain sejak wabak Covid-19 tercetus dan memperlihatkan tiada tanda untuk pemulihan.

Diterbitkan minggu lepas, laporan tahunan keempat ‘Mental State of the World’ Sapien Labs tersebut menilai kesejahteraan mental 419,175 peserta  menerusi internet di 71 negara.

Hasil tinjauan terbabit memberi gambaran suram buat dunia Inggeris apabila daripada 71 negara yang dikaji, negara di UK, Ireland, Australia dan New Zealand berada di gred terbawah.

Laporan itu turut mendapati bahawa kesejahteraan mental lebih rendah di negara-negara yang mengamalkan pemakanan tidak sihat seperti makanan proses, pendedahan gajet kepada kanak-kanak di awal usia, dan kerenggangan hubungan antara ahli keluarga.

Menurut laporan yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet bulan lepas, kira-kira 1.8 juta orang di UK sedang menunggu rawatan kesihatan mental.

Negara yang kaya dan berbahasa Inggeris mendapat markah paling rendah dalam ketiga-tiga metrik ini.

Republik Dominican mendahului senarai sebagai negara paling gembira di dunia, diikuti oleh Sri Lanka di tempat kedua dan Tanzania di tempat ketiga. Kesemua sepuluh negara teratas adalah negara Afrika, Asia atau Amerika Latin.

“Corak ini menunjukkan bahawa kekayaan yang lebih besar dan pembangunan ekonomi tidak semestinya membawa kepada kesejahteraan mental yang lebih baik,” tulis Sapien Labs dalam laporan itu. — The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending