Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Tendang jemaah solat Jumaat, Polis Delhi digantung tugas

Sebuah video menunjukkan seorang pegawai polis Delhi menendang jemaah Muslim yang menunaikan solat Jumaat di jalan raya mencetuskan kemarahan pelbagai pihak.

Wartawan TMT

Published

on

Tendang jemaah solat Jumaat, Polis Delhi digantung tugas
Foto: Tangkap layar video menunjukkan seorang pegawai polis Delhi menendang jemaah Muslim yang menunaikan solat Jumaat di jalan raya.
  • Sebuah video menunjukkan seorang pegawai polis Delhi menendang jemaah Muslim yang menunaikan solat Jumaat di jalan raya mencetuskan kemarahan pelbagai pihak.
  • India Today pada 8 Mac melaporkan pegawai polis itu digantung kerja berkuat kuasa serta-merta disebabkan insiden tersebut.
  • Orang ramai berkumpul di masjid sekitar kawasan Inderlok di Delhi pada Jumaat menyebabkan beberapa yang lain terpaksa bersolat di jalan raya akibat kesesakan.
  • Semasa solat, beberapa pegawai polis tiba di tempat kejadian cuba menyuraikan orang ramai. 
  • Video kejadian menunjukkan salah seorang pegawai polis menendang dan memukul beberapa lelaki yang sedang bersujud ketika solat.

Sebuah video menunjukkan seorang pegawai polis Delhi menendang jemaah Muslim yang menunaikan solat Jumaat di jalan raya mencetuskan kemarahan pelbagai pihak.

India Today pada 8 Mac melaporkan pegawai polis itu digantung kerja berkuat kuasa serta-merta disebabkan insiden tersebut.

Orang ramai berkumpul di masjid sekitar kawasan Inderlok di Delhi pada Jumaat, menyebabkan beberapa yang lain terpaksa bersolat di jalan raya akibat kesesakan.

Semasa solat, beberapa pegawai polis tiba di tempat kejadian cuba menyuraikan orang ramai. 

Video kejadian menunjukkan salah seorang pegawai polis menendang dan memukul beberapa lelaki yang sedang bersujud ketika solat.

Tindakan itu mencetuskan kemarahan ramai dengan orang ramai mula mengerumuni polis tersebut membantah tindakannya.

Ekoran insiden itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis (utara), MK Meena mengeluarkan kenyataan mengesahkan siasatan berhubung perkara itu telah dimulakan.

Pegawai itu dilaporkan digantung kerja berkuat kuasa serta-merta dan tindakan tatatertib juga akan diambil, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis itu.

Ahli Parlimen Kongres Rajya Sabha, Imran Pratapgarhi berkongsi video insiden itu dan menyuarakan pendapatnya berkenaan insiden itu.

“Askar Polis Delhi yang menendang seseorang ketika sedang menunaikan solat ini mungkin tidak memahami prinsip asas kemanusiaan. 

“Apakah kebencian yang tersirat di dalam hati tentera ini? Polis Delhi dipohon memfailkan kes terhadap pegawai ini di bawah seksyen bersesuaian dan perkhidmatannya ditamatkan,” kata Pratapghari. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Jordan pintas dron Iran demi keselamatan rakyat – Kabinet Jordan

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.
  • Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Itu kenyataan yang dikeluarkan kabinet negara tersebut semalam selepas masyarakat dunia mempersoalkan mengapa Jordan memintas dron Iran yang disasarkan ke wilayah jajahan haram Israel.

Iran melancarkan dron letupan dan melepaskan peluru berpandu ke Israel pada lewat malam Sabtu. Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

“Beberapa serpihan jatuh di beberapa tempat pada masa itu tanpa menyebabkan sebarang kerosakan besar atau kecederaan kepada rakyat,” tambah kenyataan kabinet Jordan.

Pesawat pejuang A.S. dan British turut terlibat dalam menembak jatuh beberapa dron milik Iran di kawasan sempadan Iraq-Syria, lapor Saluran 12 Israel.

– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending