Connect with us

Terkini

Sorok dan jual arak tanpa lesen, KK Mart Jementah diarah tutup serta-merta

KK Mart di Jementah, Johor diarah tutup serta-merta dan 196 botol minuman keras disita pada Rabu susulan penemuan minuman keras tanpa lesen sah Majlis Perbandaran Segamat (MPS) disorokkan dalam premis berkenaan.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Penguatkuasa jalankan pemeriksaan di KK Mart di Johor.
  • KK Mart di Jementah, Johor diarah tutup serta-merta dan 196 botol minuman keras disita pada Rabu susulan penemuan minuman keras tanpa lesen sah Majlis Perbandaran Segamat (MPS) disorokkan dalam premis berkenaan.
  • “Pemeriksaan lanjut terhadap premis mendapati terdapat minuman keras yang telah disorokkan di dalam premis tanpa lesen yang sah daripada MPS. 
  • “Pihak MPS telah menyita sebanyak 196 botol minuman keras selaras di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil 50 (1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDS) 2017. 
  • “Premis tersebut telah diberi arahan untuk menutup operasi serta-merta oleh Tuan Yang Dipertua selaras dengan peruntukan Undang-Undang Kecil 49(2), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDS) 2017 kerana semasa operasi dijalankan, pihak MPS mendapati tiada pengasingan dibuat bagi minuman keras dan minuman biasa,” kata MPS menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.
  • Pemeriksaan itu dilakukan MPS bagi mendokong penuh titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk terus mempertahankan kemuliaan Islam di negeri Johor.

KUALA LUMPUR —   KK Mart di Jementah, Johor diarah tutup serta-merta dan 196 botol minuman keras disita pada Rabu susulan penemuan minuman keras tanpa lesen sah Majlis Perbandaran Segamat (MPS) disorokkan dalam premis berkenaan.

MPS berkata sitaan minuman keras itu dilakukan selaras di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil 50(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDS) 2017.

“Pemeriksaan lanjut terhadap premis mendapati terdapat minuman keras yang telah disorokkan di dalam premis tanpa lesen yang sah daripada MPS. 

“Pihak MPS telah menyita sebanyak 196 botol minuman keras selaras di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil 50 (1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDS) 2017. 

“Premis tersebut telah diberi arahan untuk menutup operasi serta-merta oleh Tuan Yang Dipertua selaras dengan peruntukan Undang-Undang Kecil 49(2), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDS) 2017 kerana semasa operasi dijalankan, pihak MPS mendapati tiada pengasingan dibuat bagi minuman keras dan minuman biasa,” kata MPS menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Foto: Gambar dimuat naik MPS dI FB menunjukkan penguatkuasa jalankan pemeriksaan di KK Mart di Johor.

MPS memaklumkan pemeriksaan di premis KK Supermart & Superstore Sdn Bhd itu dilakukan pihaknya dengan diwakili Jabatan Kesihatan Awam, Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan bersama-sama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam Segamat dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Ia dilakukan bagi mendokong penuh titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk terus mempertahankan kemuliaan Islam di negeri Johor.

TMJ sebelum ini menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas berhubung isu kalimah Allah dan memastikan perkara itu tidak akan berulang lagi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Instagram rasmi baginda di platform media sosial rasminya pada Selasa.

“Hasil dari pemeriksaan mendapati premis tersebut beroperasi dengan lesen perniagaan yang sah tempoh dan mendapati tiada penjualan atau penyimpanan stoking yang menulis kalimah ALLAH. 

“MPS memandang berat perkara ini bahkan bertanggungjawab bagi terus mempertahankan kemuliaan Islam di Negeri Johor,” kata MPS.

MPS berkata pihaknya akan terus komited menjalankan operasi dan pemantauan secara berkala bagi mengelakkan perkara seperti demikian daripada tidak lagi berlaku. 

Ia turut memberi amaran dan peringatan kepada mana-mana pihak mahupun individu supaya tidak mempersenda atau mempermainkan kalimah ALLAH atau apa juga yang boleh mencemarkan kemuliaan agama Islam. 

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya mendapati perkara seperti ini berlaku lagi,” kata MPS. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending