Antarabangsa
Ramadan mesti dihapuskan – Menteri Israel
Menteri ekstremis Israel menyeru untuk “menghapuskan” Ramadan dan tidak mempedulikan ketegangan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur ketika bulan suci umat Islam itu.

- Menteri ekstremis Israel menyeru untuk “menghapuskan” Ramadan dan tidak mempedulikan ketegangan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur ketika bulan suci umat Islam itu.
- “Bulan yang dipanggil Ramadan ini mesti dihapuskan dan ketakutan kita kepada bulan ini juga mesti dihapuskan,” kata Menteri Warisan Israel, Amichai Eliyahu kepada Radio Tentera dipetik agensi berita Anadolu pada Jumaat.
- Eliyahu pada November lalu dilaporkan berkata menggugurkan bom nuklear di Gaza adalah “satu pilihan”.
- Pihak keselamatan Israel baru-baru ini mendedahkan ketakutan tercetusnya situasi di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur yang diduduki ketika Ramadan akibat perang ke atas Gaza dan sekatan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa.
Menteri ekstremis Israel menyeru untuk “menghapuskan” Ramadan dan tidak mempedulikan ketegangan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur ketika bulan suci umat Islam itu.
“Bulan yang dipanggil Ramadan ini mesti dihapuskan dan ketakutan kita kepada bulan ini juga mesti dihapuskan,” kata Menteri Warisan Israel, Amichai Eliyahu kepada Radio Tentera dipetik agensi berita Anadolu pada Jumaat.
Ahli politik berhaluan kanan itu adalah menteri dari parti Otzma Yehudit yang diketuai Menteri Keselamatan, Itamar Ben Gvir.
Eliyahu pada November lalu dilaporkan berkata menggugurkan bom nuklear di Gaza adalah “satu pilihan”.
Pihak keselamatan Israel baru-baru ini mendedahkan ketakutan tercetusnya situasi di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur yang diduduki ketika Ramadan akibat perang ke atas Gaza dan sekatan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa.
Media Israel melaporkan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) menekan Israel untuk mencapai persetujuan dengan Hamas berkaitan pertukaran tahanan dan gencatan senjata sebelum Ramadan.
Sekurang-kurangnya 30,035 warga Palestin terbunuh dan 70,457 cedera di Gaza sejak serangan 7 Oktober tahun lalu, manakala 1,200 dilaporkan maut di Israel. — The Merdeka Times
