Connect with us

Antarabangsa

Penyanyi rap terkenal AS ‘Lil Jon’ peluk Islam

Penyanyi rap dan penerbit terkenal Amerika Syarikat (AS), Lil Jon secara rasmi memeluk Islam di Masjid Raja Fahad di Los Angeles, California.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Penyanyi rap dan penerbit terkenal Amerika Syarikat (AS), Lil Jon (kiri) & profesor oftalmologi terkenal di Universiti California dan alumni Universiti Pittsburgh, Profesor Henry Klassen (tengah) & Penulis dan aktivis AS, Shaun King (kanan).
  • Penyanyi rap dan penerbit terkenal Amerika Syarikat (AS), Lil Jon secara rasmi memeluk Islam di Masjid Raja Fahad di Los Angeles, California.
  • Di tengah-tengah himpunan jemaah solat Jumaat minggu lalu, Islamonweb melaporkan Lil Jon atau nama sebenarnya Jonathan H. Smith secara terbuka mengisytiharkan keislamannya di masjid itu.
  • Sebuah video tersebar luas di media sosial menunjukkan penyanyi rap ikonik itu melafazkan kalimah syahadah dalam bahasa Arab dan Inggeris di bawah bimbingan imam masjid.
  • Penukaran agama Lil Jon menambah senarai personaliti terkenal yang memeluk Islam sekitar minggu-minggu awal Ramadan tahun ini.
  • Sebelum ini penulis dan aktivis AS, Shaun King dan profesor oftalmologi terkenal di Universiti California dan alumni Universiti Pittsburgh, Profesor Henry Klassen dilaporkan turut memeluk Islam.

Penyanyi rap dan penerbit terkenal Amerika Syarikat (AS), Lil Jon secara rasmi memeluk Islam di Masjid Raja Fahad di Los Angeles, California.

Di tengah-tengah himpunan jemaah solat Jumaat minggu lalu, Islamonweb melaporkan Lil Jon atau nama sebenarnya Jonathan H. Smith secara terbuka mengisytiharkan keislamannya di masjid itu.

Sebuah video tersebar luas di media sosial menunjukkan penyanyi rap ikonik itu melafazkan kalimah syahadah dalam bahasa Arab dan Inggeris di bawah bimbingan imam masjid.

Penukaran agama Lil Jon menambah senarai personaliti terkenal yang memeluk Islam sekitar minggu-minggu awal Ramadan tahun ini.

Beberapa hari sebelumnya, Profesor Henry Klassen, seorang profesor oftalmologi terkenal di Universiti California dan alumni Universiti Pittsburgh memeluk Islam.

Profesor Klassen merupakan seorang yang terkenal dengan penemuan dalam penyelidikan sel stem dan pembinaan semula retina.

Selepas melafazkan syahadah secara terbuka bersama seorang ilmuwan, Profesor Klassen menggunakan nama baharunya, Abdul Haqq sebagai simbol komitmennya terhadap kebenaran dan keilmuan. 

Shaun King, penulis dan aktivis AS kembali menjadi topik berita minggu lalu atas keputusannya memeluk Islam bersama isterinya.

King yang memakai keffiyeh (kain serban simbol Palestin) bersama isterinya, Dr Rai King, memeluk Islam di pusat komuniti di Texas sehari sebelum bermulanya Ramadan dipimpin Syeikh Omar Suleiman.

Dia berkongsi video di Facebook miliknya mengesahkan keputusan mereka melafazkan syahadah di Pusat Islam Valley Ranch di Irving, Texas. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Jordan pintas dron Iran demi keselamatan rakyat – Kabinet Jordan

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.
  • Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Itu kenyataan yang dikeluarkan kabinet negara tersebut semalam selepas masyarakat dunia mempersoalkan mengapa Jordan memintas dron Iran yang disasarkan ke wilayah jajahan haram Israel.

Iran melancarkan dron letupan dan melepaskan peluru berpandu ke Israel pada lewat malam Sabtu. Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

“Beberapa serpihan jatuh di beberapa tempat pada masa itu tanpa menyebabkan sebarang kerosakan besar atau kecederaan kepada rakyat,” tambah kenyataan kabinet Jordan.

Pesawat pejuang A.S. dan British turut terlibat dalam menembak jatuh beberapa dron milik Iran di kawasan sempadan Iraq-Syria, lapor Saluran 12 Israel.

– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending