Connect with us

Antarabangsa

Peluru berpandu Houthi: Serangan maut pertama di laluan kapal Laut Merah

Sekurang-kurangnya dua pelaut maut dalam serangan kumpulan Houthi Yaman semalam, kata pegawai Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

A.R. Khan

Published

on

Peluru berpandu Houthi:
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya dua pelaut maut dalam serangan kumpulan Houthi Yaman pada Rabu, kata pegawai Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).
  • Insiden berlaku 50 batu nautika di barat daya pelabuhan Aden, Yaman itu adalah serangan fatal pertama kumpulan yang didukung Iran itu ke atas kapal yang melalui kawasan Laut Merah sejak perang di Gaza pada 7 Oktober lalu.
  • Kapal pengangkut pukal berbendera Barbados, True Confidence dalam perjalanan melalui Teluk Aden apabila disasarkan peluru berpandu Houthi, memaksa kru yang terselamat meninggalkan kapal itu, kata laporan dipetik Fox News.
  • Jurucakap tentera Houthi, Brigedier Jeneral Yahya Saree di platform X pada Rabu berkata, serangan terhadap True Confidence dilakukan untuk “membalas pencerobohan Amerika-British terhadap negara kita”.
  • Media sebelum ini melaporkan Houthi menyasarkan kapal yang ada kaitan dengan Israel di Laut Merah dan perairan sekitarnya sejak November lalu sebagai tanda solidariti protes ke atas serangan rejim zionis ke atas Gaza.

Sekurang-kurangnya dua pelaut maut dalam serangan kumpulan Houthi Yaman semalam, kata pegawai Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

Insiden berlaku 50 batu nautika di barat daya pelabuhan Aden, Yaman itu adalah serangan fatal pertama kumpulan yang didukung Iran itu ke atas kapal yang melalui kawasan Laut Merah sejak perang di Gaza pada 7 Oktober lalu.

Kapal pengangkut pukal berbendera Barbados, True Confidence dalam perjalanan melalui Teluk Aden apabila disasarkan peluru berpandu Houthi, memaksa kru yang terselamat meninggalkan kapal itu, kata laporan dipetik Fox News.

Dua pegawai AS bercakap kepada AP dengan syarat nama mereka tidak disiarkan kerana tidak mempunyai kebenaran bercakap secara terbuka berkata, serangan peluru berpandu balistik anti-kapal itu membunuh dua anak kapal dan mencederakan enam yang lain.

Kapal itu didaftarkan di Liberia tetapi dilaporkan dimiliki syarikat multinasional berpangkalan di AS iaitu Oaktree Capital Management LLC, lapor RT.

Kapal perang AS dan kapal Tentera Laut India yang berada di tempat kejadian dilaporkan cuba membantu dan menyelamat.

Jurucakap tentera Houthi, Brigedier Jeneral Yahya Saree di platform X pada Rabu berkata, serangan terhadap True Confidence dilakukan untuk “membalas pencerobohan Amerika-British terhadap negara kita”.

Media sebelum ini melaporkan Houthi menyasarkan kapal yang ada kaitan dengan Israel di Laut Merah dan perairan sekitarnya sejak November lalu sebagai tanda solidariti protes ke atas serangan rejim zionis ke atas Gaza.

AS dan UK, yang juga sekutu kuat Israel, dilaporkan melancarkan serangan udara “pertahanan diri” ke atas Houthi di wilayah Yaman. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending