Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Pelampau Hindu serang pelajar antarabangsa solat Tarawih di kampus Universiti Gujarat

Lima pelajar antarabangsa cedera selepas kumpulan perusuh menyerbu dan asrama Universiti Gujarat menyerang pelajar yang didakwa solat Tarawih di kampus itu, semalam.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pelajar antarabangsa cedera selepas kumpulan perusuh menyerbu.

Lima pelajar antarabangsa cedera selepas kumpulan perusuh menyerbu dan asrama Universiti Gujarat menyerang pelajar yang didakwa solat Tarawih di kampus itu, semalam.

Pelajar terbabit berasal dari Afrika, Afghanistan dan Uzbekistan.

Pelajar mengatakan kampus di Ahmedabad itu tidak mempunyai masjid menyebabkan mereka berkumpul di asrama untuk mengerjakan solat Tarawih.

Tidak lama selepas itu, kumpulan perusuh bersenjatakan kayu dan pisau menyerbu asrama, menyerang dan merosakkan bilik mereka, dakwa pelajar-pelajar terbabit.

Pelajar dipetik NDTV sebagai berkata pengawal keselamatan asrama cuba menghalang kumpulan perusuh, tetapi gagal.

Seorang pelajar dari Afghanistan berkata orang ramai dalam kumpulan itu melaungkan slogan dan bertanya mereka siapa yang membenarkan mereka solat di asrama.

“Mereka turut menyerang kami di dalam bilik. Mereka memecahkan komputer riba, telefon dan merosakkan motosikal,” katanya.

Pelajar itu berkata lima pelajar cedera, masing-masing seorang dari Afghanistan, Sri Lanka dan Turkmenistan dan dua dari Afrika.

“Perusuh melarikan diri setibanya polis. Pelajar yang cedera berada di hospital dan pihak kedutaan telah dimaklumkan,” kata pelajar.

Video yang dikongsi di media sosial menunjukkan motosikal-motosikal rosak, komputer riba yang pecah dan bilik yang diselongkar. Dalam beberapa video lain, perusuh dilihat membaling batu ke arah asrama dan mencaci pelajar-pelajar luar negara tersebut.

Dalam video yang tersebar itu juga, pelajar antarabangsa berkata mereka “takut” dan apa yang dikenakan ke atas mereka “tidak boleh diterima”.

Beberapa jam selepas Menteri Dalam Negeri  Gujarat, Harsh Sanghavi bercakap dengan pegawai polis tertinggi Gujarat mengarahkan mereka untuk memastikan siasatan yang adil, Polis Ahmedabad menahan dua individu berhubung kes itu.

Kementerian Hal Ehwal Luar berkata mereka berhubung dengan kerajaan Gujarat berkenaan perkara itu dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyerang pelajar antarabangsa tersebut. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending