Connect with us

Terkini

MIC desak kerakyatan lelaki hina Islam dan Sultan Selangor dilucutkan

Kongres India Malaysia (MIC) mendesak kewarganegaraan N. Ganesparan dilucutkan susulan tindakannya menghina agama Islam dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta membuat tohmahan ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Penerangan MIC Kebangsaan, Thinalan T Rajagopalu.
  • Kongres India Malaysia (MIC) mendesak kewarganegaraan N. Ganesparan dilucutkan susulan tindakannya menghina agama Islam dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta membuat tohmahan ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.
  • Ketua Penerangan MIC Kebangsaan, Thinalan T Rajagopalu berkata pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan N. Ganesparan yang berselindung di negara Jerman dan mengeluarkan video berbaur penghinaan itu.
  • Katanya, oleh kerana individu itu tidak lagi setia kepada negara melalui tindakan atau percakapannya sebagaimana termaktub dalam perlembagaan negara ini, maka kerakyatannya perlu dilucutkan.
  • “Individu seperti N. Ganesparan adalah ancaman kepada perpaduan dan keharmonian negara, yang boleh menyebabkan kegusaran awam dan membangkitkan sensitiviti agama yang boleh menyebabkan pergolakan serta perpecahan kaum dan bangsa.
  • “Maka, MIC menggesa agar tindakan segera diambil oleh Kerajaan agar anasir tidak setia kepada negara sebegini dibendung dari terus mengancam dan mencemari keharmonian rakyat dan negara kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

KUALA LUMPUR – Kongres India Malaysia (MIC) mendesak kewarganegaraan N. Ganesparan dilucutkan susulan tindakannya menghina agama Islam dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta membuat tohmahan ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.

Ketua Penerangan MIC Kebangsaan, Thinalan T Rajagopalu berkata pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Ganesparan yang berselindung di Jerman dan mengeluarkan video berbaur penghinaan itu.

Katanya, oleh kerana individu itu tidak lagi setia kepada negara melalui tindakan atau percakapannya sebagaimana termaktub dalam perlembagaan negara ini, maka kerakyatannya perlu dilucutkan.

“Individu seperti N. Ganesparan adalah ancaman kepada perpaduan dan keharmonian negara, yang boleh menyebabkan kegusaran awam dan membangkitkan sensitiviti agama yang boleh menyebabkan pergolakan serta perpecahan kaum dan bangsa.

“Maka, MIC menggesa agar tindakan segera diambil oleh Kerajaan agar anasir tidak setia kepada negara sebegini dibendung dari terus mengancam dan mencemari keharmonian rakyat dan negara kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan sebagai berkata PDRM sebelum ini pernah memohon notis merah kepada Interpol terhadap lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, notis merah gagal dikeluarkan terhadap Ganesparan susulan kesalahan membabitkan isu agama dan perkauman tidak tersenarai dalam Artikel 3, Polis Antarabangsa (Interpol).

Justeru, pihaknya mengambil tindakan lanjut dengan meminta Jabatan Imigresen Malaysia untuk membatalkan pasport milik Ganesparan pada November 2020.

“Ganesparan bukan karakter asing kerana di dah buat onar sejak tahun 2017 atau 2018 lagi. Ini bukan kali pertama dia sentuh perihal raja, agama dan politik.

“Sejak 2018 sehinggalah semalam, sebanyak 22 kes membabitkan Ganesparan. Apabila disiasat, pada tahun 2018 dia telah keluar negara dan sehingga ke hari ini belum dikesan kembali ke dalam negara,” katanya dipetik media tempatan pada Rabu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending