Connect with us

Antarabangsa

Majlis Keselamatan PBB tuntut gencatan senjata segera Gaza

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menuntut supaya diadakan gencatan senjata segera antara Israel dan kumpulan Hamas di Gaza. 

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menuntut supaya diadakan gencatan senjata segera antara Israel dan kumpulan Hamas di Gaza. 
  • Perkara itu termasuk pembebasan semua tebusan dengan Amerika Syarikat (AS) memilih untuk berkecuali.
  • Baki 14 ahli majlis mengundi menyokong resolusi yang dicadangkan 10 ahli majlis itu diiringi tepukan gemuruh yang kedengaran di dalam dewan selepas undian semalam.
  • Resolusi itu menggesa gencatan senjata segera bagi bulan Ramadan iaitu bulan berpuasa umat Islam, yang bakal berakhir dalam dua minggu.
  • Perkara itu termasuk tuntutan pembebasan semua tebusan yang ditahan dalam serangan kumpulan Hamas ke atas selatan Israel 7 Oktober lalu.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menuntut supaya diadakan gencatan senjata segera antara Israel dan kumpulan Hamas di Gaza. 

Perkara itu termasuk pembebasan semua tebusan dengan Amerika Syarikat (AS) memilih untuk berkecuali, lapor Al Jazeera.

Baki 14 ahli majlis mengundi menyokong resolusi yang dicadangkan 10 ahli majlis itu diiringi tepukan gemuruh yang kedengaran di dalam dewan selepas undian semalam.

Resolusi itu menggesa gencatan senjata segera bagi bulan Ramadan iaitu bulan berpuasa umat Islam yang bakal berakhir dalam dua minggu.

Perkara itu termasuk tuntutan pembebasan semua tebusan yang ditahan dalam serangan rentas sempadan Hamas ke atas selatan Israel 7 Oktober lalu.

Bercakap selepas pengundian, Duta Besar AS Linda Thomas-Greenfield menyalahkan Hamas atas kelewatan meluluskan resolusi gencatan senjata.

“Perubahan utama tertentu diabaikan, termasuk permintaan kami supaya kutukan terhadap Hamas ditambah,” kata Thomas-Greenfield dipetik Al Jazeera.

Beliau menegaskan pembebasan tawanan Israel akan menyebabkan meningkatnya bekalan bantuan kemanusiaan yang akan memasuki kawasan pesisir pantai yang dikepung itu.

Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata kegagalan AS untuk memveto resolusi itu “pengunduran jelas” daripada keputusannya sebelum ini dan ini akan menjejaskan usaha perang terhadap Hamas serta usaha membebaskan tawanan Israel yang ditahan di Gaza.

Jabatannya juga berkata Netanyahu tidak akan menghantar delegasi peringkat tinggi ke Washington, melihat pendirian terkini AS itu. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending