Connect with us

Antarabangsa

Lulus undang-undang anti-LGBTQ, Ghana mungkin hilang pembiayaan Bank Dunia & IMF

Ghana berkemungkinan hilang $3.8 bilion (RM17.8 bilion) pembiayaan Bank Dunia jika undang-undang anti-LGBTQ baharunya diwartakan, demikian amaran Kementerian Kewangan negara Afrika Barat itu.

Wartawan TMT

Published

on

Lulus undang-undang anti-LGBTQ, Ghana mungkin hilang pembiayaan Bank Dunia
Foto: Presiden Ghana, Nana Akufo-Addo.
  • Ghana berkemungkinan hilang $3.8 bilion (RM17.8 bilion) pembiayaan Bank Dunia jika undang-undang anti-LGBTQ baharunya diwartakan, demikian amaran Kementerian Kewangan negara Afrika Barat itu.
  • Pakej pinjaman $3 bilion (RM14.05) dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) juga akan terjejas, dakwa pegawai pada Isnin.
  • Parlimen Ghana meluluskan Rang Undang-undang Hak Seksual Manusia dan Nilai Keluarga (Proper Human Sexual Rights and Family Values Bill) pada Rabu bagi mengekang aktiviti homoseksual daripada berterusan.
  • Rang undang-undang itu, yang memerlukan tanda tangan Presiden Nana Akufo-Addo untuk diwartakan, akan mengenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun bagi sesiapa saja dikenalpasti sebagai LGBTQ.
  • Hukuman penjara maksimum lima tahun pula akan dikenakan ke atas mereka yang menubuhkan atau membiayai kumpulan homoseksual.

Ghana berkemungkinan hilang $3.8 bilion (RM17.8 bilion) pembiayaan Bank Dunia jika undang-undang anti-LGBTQ baharunya diwartakan, demikian amaran Kementerian Kewangan negara Afrika Barat itu.

Pakej pinjaman $3 bilion (RM14.05) dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) juga akan terjejas, dakwa pegawai pada Isnin.

Parlimen Ghana meluluskan Rang Undang-undang Hak Seksual Manusia dan Nilai Keluarga (Proper Human Sexual Rights and Family Values Bill) pada Rabu bagi mengekang aktiviti homoseksual daripada berterusan.

Rang undang-undang itu, yang memerlukan tanda tangan Presiden Nana Akufo-Addo untuk diwartakan, akan mengenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun bagi sesiapa saja dikenalpasti sebagai LGBTQ.

Hukuman penjara maksimum lima tahun pula akan dikenakan ke atas mereka yang menubuhkan atau membiayai kumpulan homoseksual.

“Untuk 2024, Ghana akan kehilangan belanjawan sokongan $600 juta (RM2.81 juta) dan $250 juta (RM1.17 juta) untuk Dana Kestabilan Kewangan,” kata Kementerian Kewangan Ghana dipetik RT dalam taklimat dasar.

Dokumen itu menggariskan implikasi ekonomi Rang Undang-Undang anti-LGBTQ untuk kerjasama Ghana dengan Bank Dunia dalam tempoh lima hingga enam tahun akan datang bersama rakan kongsi antarabangsa lain, termasuk Jerman, yang menentang kelulusan undang-undang itu.

Tindakan penggubal undang-undang Ghana meluluskan Rang Undang-undang Hak Seksual Manusia dan Nilai Keluarga itu menerima kecaman Jabatan Negara Amerika Syarikat yang mengatakan ia “sangat bermasalah” dengan undang-undang terbabit. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending