Connect with us

Terkini

Lewis Hamilton gesa gencatan senjata segera di Gaza

Juara dunia Formula 1 (F1) tujuh kali, Lewis Hamilton pada Rabu menggesa gencatan senjata segera di Gaza yang setakat ini menyaksikan lebih 31,000 warga Palestin maut dalam serangan rejim Israel sejak Oktober lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Juara dunia Formula 1 (F1) tujuh kali, Lewis Hamilton.
  • Juara dunia Formula 1 (F1) tujuh kali, Lewis Hamilton pada Rabu menggesa gencatan senjata segera di Gaza yang setakat ini menyaksikan lebih 31,000 warga Palestin maut dalam serangan rejim Israel sejak Oktober lalu.
  • “Dalam bulan yang suci kepada begitu banyak orang di rantau ini, kita mesti terus menyeru gencatan senjata kekal dan pemulangan tebusan supaya keluarga dapat bersama dan bebas daripada ancaman berterusan kemusnahan dan keganasan. Gencatan senjata sekarang,” kata Hamilton di Instagram story pada Rabu merujuk kepada serangan rejim Israel di Gaza dan bulan Ramadan disambut umat Islam di seluruh dunia.
  • Dalam Instagram story berasingan, Hamilton turut berkongsi data Save the Children mengenai situasi kebuluran kanak-kanak Palestin di Gaza.

KUALA LUMPUR – Juara dunia Formula 1 (F1) tujuh kali, Lewis Hamilton pada Rabu menggesa gencatan senjata segera di Gaza yang setakat ini menyaksikan lebih 31,000 warga Palestin maut dalam serangan rejim Israel sejak Oktober lalu.

Foto: Tangkap layar Instagram story Lewis Hamilton berkaitan gencatan senjata di Gaza.

“Menyampaikan kasih sayang dan sokongan saya kepada semua orang di Palestin yang menghabiskan waktu suci ini menghadapi bahaya, kehilangan dan kesedihan.

“Dalam bulan yang suci kepada begitu banyak orang di rantau ini, kita mesti terus menyeru gencatan senjata kekal dan pemulangan tebusan supaya keluarga dapat bersama dan bebas daripada ancaman berterusan kemusnahan dan keganasan. 

“Gencatan senjata sekarang,” kata Hamilton di Instagram story pada Rabu merujuk kepada serangan rejim Israel di Gaza dan bulan Ramadan disambut umat Islam di seluruh dunia.

Foto: Tangkap layar Instagram story Lewis Hamilton.

Dalam Instagram story berasingan, Hamilton turut berkongsi data Save the Children mengenai situasi kebuluran kanak-kanak Palestin di Gaza.

Selaku antara pemandu F1 yang paling berjaya dalam sejarah dunia, Hamilton mempunyai 36.5 juta pengikut di Instagram. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *