Connect with us

Antarabangsa

Ketua-ketua keluarga di Gaza tolak kerjasama dengan entiti selain Hamas

Ketua-ketua keluarga terkemuka di Gaza memaklumkan keengganan mereka bekerjasama dengan sesiapa sahaja selain daripada kerajaan dan agensi keselamatan di wilayah konflik itu yang diketuai Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua-ketua keluarga terkemuka di Gaza memaklumkan keengganan mereka bekerjasama dengan sesiapa sahaja selain daripada kerajaan dan agensi keselamatan di wilayah konflik itu yang diketuai Hamas.
  • Perkara itu dimaklumkan kepada pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis lalu.
  • Sumber dipetik Al Jazeera memberitahu bahawa ketua-ketua keluarga itu terbuka untuk bekerjasama dalam pengagihan bantuan, tetapi hanya jika ia diselaraskan sistem pentadbiran keselamatan Gaza.
  • Khaberni melaporkan mereka menolak tawaran kerjasama penyelarasan oleh rejim Israel di wilayah konflik itu.
  • Pakar ketenteraan dan strategik Mejar Jeneral Faysal Al-Dweiri dipetik Jordan News menyamakan cadangan pengagihan bantuan melalui puak-puak di Gaza menyamai langkah strategik Awakening Councils di Anbar, Iraq.

Ketua-ketua keluarga terkemuka di Gaza memaklumkan keengganan mereka bekerjasama dengan sesiapa sahaja selain daripada kerajaan dan agensi keselamatan di wilayah konflik itu yang diketuai Hamas.

Perkara itu dimaklumkan kepada pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis lalu.

Sumber dipetik Al Jazeera memberitahu bahawa ketua-ketua keluarga itu terbuka untuk bekerjasama dalam pengagihan bantuan, tetapi hanya jika ia diselaraskan sistem pentadbiran keselamatan Gaza.

Khaberni melaporkan mereka menolak tawaran kerjasama penyelarasan oleh rejim Israel di wilayah konflik itu.

Pakar ketenteraan dan strategik Mejar Jeneral Faysal Al-Dweiri dipetik Jordan News menyamakan cadangan pengagihan bantuan melalui puak-puak di Gaza menyamai langkah strategik Awakening Councils di Anbar, Iraq.

Beliau menyatakan idea itu cerminan taktik yang digunakan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) ketika menjalankan operasi mereka di Iraq.

Awakening Councils muncul di Iraq susulan pencerobohan AS menentang pengaruh Al-Qaeda. Menyebabkan pakatan puak-puak Sunni mengurangkan pengaruh Al-Qaeda dengan ketara dengan bantuan tentera AS dan kerajaan Iraq.

Dweiri menjelaskan tentera pendudukan Israel cuba menubuhkan Awakening Councils versi baharu, pada mulanya tertumpu pada pengagihan bantuan sehingga kemudiannya menjurus kepada tanggungjawab keselamatan.

Bagaimanapun, Hamas dan kumpulan pembebasan Gaza yang lain menentang sekeras-kerasnya inisiatif itu, memandangnya sebagai percubaan untuk mengawal wilayah itu.

Laporan dari Channel 14 Israel menyatakan ketua perisikan Palestin, Majed Faraj dalam usaha membentuk pasukan bersenjata di selatan wilayah Gaza yang terdiri daripada keluarga-keluarga yang tidak sehaluan dengan Hamas untuk menguruskan agihan bantuan.

Sebagai tindak balas, seorang pegawai keselamatan Hamas mengisytiharkan sebarang komunikasi dengan barisan pendudukan Israel oleh ketua puak dan kaum di Gaza, dilabel sebagai pengkhianatan kepada negara dan menegaskan usaha Israel untuk menubuhkan badan pentadbiran di Gaza akan gagal. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

14 negara gesa tindakan terhadap krisis makanan kritikal di Sudan

Jordan, UAE, Maghribi, Mauritania, Chad, Comoros, Guinea-Bissau, Seychelles, Senegal, Benin, Kenya, Sierra Leone Uganda, Mozambique dan Nigeria pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi keterjaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 14 negara termasuk Jordan, UAE, Maghribi dan Mauritania pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi jaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.
  • Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) pada 27 Jun yang menyatakan kebimbangan terhadap tahap ketakjaminan makanan paling teruk di Sudan yang pernah dicatatkan, diperburukkan lagi dengan konflik dalaman empat belas bulan negara itu.
  • Menurut laporan itu, Sudan kini berdepan krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini dengan 25.6 juta orang mengalami tahap ketakjaminan makanan yang tinggi, dan 14 kawasan berisiko kebuluran, lapor agensi berita Jordan, Petra.
  • Mereka turut menekankan kesan teruk yang bakal menimpa orang awam yang bakal memberi kesan kepada ribuan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan (malnutrisi) akut yang kritikal.

Jordan, UAE, Maghribi, Mauritania, Chad, Comoros, Guinea-Bissau, Seychelles, Senegal, Benin, Kenya, Sierra Leone Uganda, Mozambique dan Nigeria pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi keterjaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) pada 27 Jun yang menyatakan kebimbangan terhadap tahap ketidak jaminan makanan paling teruk di Sudan yang pernah dicatatkan, diburukkan lagi dengan konflik dalaman empat belas bulan negara itu.

Menurut laporan tersebut, Sudan kini berdepan krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini dengan 25.6 juta orang mengalami tahap ketidak jaminan makanan yang tinggi, dan 14 kawasan berisiko kebuluran, lapor agensi berita Jordan, Petra.

Negara-negara tersebut menyatakan kegusaran terhadap penemuan laporan IPC, memetik “kemerosotan teruk” keterjaminan makanan. 

Mereka menekankan kesan teruk yang bakal menimpa orang awam, termasuk ribuan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan (malnutrisi) akut yang kritikal.

Kenyataan itu menggariskan cabaran kemanusiaan yang disebabkan peningkatan ketidak jaminan makanan, dengan menekankan potensi berlakunya perpindahan, aliran pelarian, dan corak penghijrahan di Sudan dan sekitar negara jiran.

Mereka juga mengulangi gesaan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada pihak yang berperang supaya membenarkan dan memudahkan penyampaian bantuan kemanusiaan yang cepat, selamat dan berterusan kepada orang awam yang memerlukan termasuk dihapuskan birokrasi dan halangan lain-lain.

Pengeluaran visa dan permit perjalanan yang diperlukan pekerja kemanusiaan dan bekalan penting, juga harus dipermudahkan, selaras dengan resolusi 2736 yang diterima pakai pada 13 Jun 2024.

Negara-negara tersebut juga menggesa pihak yang bertelagah di Sudan supaya segera menghentikan keganasan, menegakkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan mematuhi resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan.

Mereka juga menyeru semua pihak luar mengelak daripada memberikan sokongan ketenteraan atau material kepada kumpulan berkonflik, sebaliknya menyokong tindakan yang mengurangkan ketegangan kepada usaha perdamaian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending