Connect with us

Terkini

Isu stoking kalimah Allah: Apakah kesalahan KK Mart di sisi undang-undang? – Gan Ping Sieu

Bekas Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu mempersoalkan apakah kesalahan dilakukan KK Mart di sisi undang-undang dalam isu stoking tertera kalimah Allah.

Adam Tan

Published

on

Foto: Bekas Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu.
  • Bekas Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu mempersoalkan apakah kesalahan dilakukan KK Mart di sisi undang-undang dalam isu stoking tertera kalimah Allah.
  • Ping Sieu dalam hantaran di Facebooknya semalam berkata, beliau bagaimanapun bersetuju isu cetakan kalimah Allah di stokin menyinggung perasaan Muslim. 
  • “Di sisi undang-undang, apakah kesalahan KK Mart? GPS (Gan Ping Sieu) berpendapat (Seksyen) 233 tidak dapat membuktikan kes. Kejahilan atau kecuaian juga tidak boleh didakwa bawah (Seksyen) 298A,” katanya.
  • Ping Sieu berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dalam Parlimen yang berkata KK Mart dan vendornya boleh disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
  • “Mahkamah Persekutuan pernah memutuskan penggunaan istilah dalam (Seksyen) 298A terlalu umum dan ada isu percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan. (Seksyen) 233 pula adalah undang-undang yang didesak oleh Kerajaan Perpaduan untuk dipinda sebelum mereka memerintah.
  • “Isu teras – Hak perlembagaan untuk kebebasan bersuara dan takrifan penghinaan terlalu umum, sukar untuk mempunyai kayu ukur objektif, kerajaan secara selektif mendakwa ‘pelanggar’,” katanya.

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu mempersoalkan apakah kesalahan dilakukan KK Mart di sisi undang-undang dalam isu stoking tertera kalimah Allah.

Ping Sieu berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dalam Parlimen yang berkata KK Mart dan vendornya boleh disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Mahkamah Persekutuan pernah memutuskan penggunaan istilah dalam (Seksyen) 298A terlalu umum dan ada isu percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan. (Seksyen) 233 pula adalah undang-undang yang didesak oleh Kerajaan Perpaduan untuk dipinda sebelum mereka memerintah.

“Isu teras – Hak perlembagaan untuk kebebasan bersuara dan takrifan penghinaan terlalu umum, sukar untuk mempunyai kayu ukur objektif, kerajaan secara selektif mendakwa ‘pelanggar’,” kata Ping Sieu dalam hantaran di Facebooknya, semalam.

Ping Sieu berkata beliau bersetuju isu cetakan kalimah Allah di stokin menyinggung perasaan Muslim. 

Beliau bagaimanapun mempersoalkan apakah kesalahan yang dilakukan kedai serbaneka KK Mart di sisi undang-undang berhubung isu itu.

“Di sisi undang-undang, apakah kesalahan KK Mart?

“GPS (Gan Ping Sieu) berpendapat (Seksyen) 233 tidak dapat membuktikan kes. Kejahilan atau kecuaian juga tidak boleh didakwa bawah (Seksyen) 298A,” katanya.

Ping Sieu juga mempersoalkan siapakah yang mendapat manfaat daripada isu berkenaan.

“Di mana nilai maaf zahir batin di bulan Ramadhan?” kata bekas Naib Presiden MCA itu.

Sebelum ini, tular gambar di media sosial sebuah kedai serbaneka KK Mart menjual stokin bercetak kalimah Allah hingga menimbulkan kemarahan umat Islam, membawa kepada permohonan maaf pihak terbabit dan siasatan polis. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Gan Ping Sieu

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending