Terkini
Isu sekolah vernakular: Pemilik The Merdeka Times selesai beri keterangan
Pemilik portal media The Merdeka Times (TMT), Firdaus Wong Wai Hung selesai memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields semalam berhubung kenyataan Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong yang dilaporkan portal itu baru-baru ini.
- Pemilik portal media The Merdeka Times (TMT), Firdaus Wong Wai Hung selesai memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields semalam berhubung kenyataan Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong yang dilaporkan portal itu baru-baru ini.
- Firdaus Wong berkata selepas ini Ketua Pengarang TMT, Syafinaz Yunus dan penyunting video mereka juga akan dipanggil polis untuk memberi keterangan sebagai saksi.
- “Saya sebagai pemilik The Merdeka Times akan menyokong kedua-dua staf TMT & juga terus menyokong Datuk Prof Dr. Teo Kok Seong,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Rabu.
- Setakat jam 2 petang hari ini, Ketua Pengarang TMT dan penyunting video portal media terbabit difahamkan juga sudah selesai memberi keterangan di IPD Brickfields.
- Pada 8 Mac lalu, Firdaus Wong memaklumkan beliau bakal memberi keterangan kepada polis berhubung isu berkenaan dan menegaskan akan mempertahankan kenyataan Kok Seong yang dilihat sebagai fakta.
- Firdaus Wong berkata beliau akan memberi kerjasama kepada PDRM sebagai pemilik TMT yang melaporkan kenyataan Kok Seong sehinggakan Naib Presiden DAP, Teresa Kok melabel kenyataan ahli akademik itu sebagai hasutan dan rasis.
KUALA LUMPUR — Pemilik portal media The Merdeka Times (TMT), Firdaus Wong Wai Hung selesai memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields semalam berhubung kenyataan Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong yang dilaporkan portal itu baru-baru ini.
Firdaus Wong berkata selepas ini Ketua Pengarang TMT, Syafinaz Yunus dan penyunting video mereka juga akan dipanggil polis untuk memberi keterangan sebagai saksi.
“Saya sebagai pemilik The Merdeka Times akan menyokong kedua-dua staf TMT & juga terus menyokong Datuk Prof Dr. Teo Kok Seong,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Rabu.
Setakat jam 2 petang hari ini, Ketua Pengarang TMT dan penyunting video portal media terbabit difahamkan juga sudah selesai memberi keterangan di IPD Brickfields.
Telefon bimbit syarikat turut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Pada 8 Mac lalu, Firdaus Wong yang juga pendakwah bebas memaklumkan bahawa beliau bakal memberi keterangan kepada polis berhubung isu berkenaan dan menegaskan akan mempertahankan kenyataan Kok Seong yang dilihat sebagai fakta.
Firdaus Wong berkata beliau akan memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pemilik TMT yang melaporkan kenyataan Kok Seong sehinggakan Naib Presiden DAP, Teresa Kok melabel kenyataan ahli akademik itu sebagai hasutan dan rasis.
Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh pada 4 Mac lalu dilaporkan melabel Kok Seong sebagai rasis dalam Dewan Rakyat kerana membuat kenyataan didakwa berbaur hasutan berkenaan masyarakat Cina.
Kok Seong berkata demikian ketika mengulas punca utama perpaduan kaum masih tidak sempurna hari ini selepas menyatakan penubuhan sekolah vernakular tidak boleh melebihi sekolah kebangsaan kerana ia hanya aliran sampingan, seharusnya tidak boleh mengatasi bilangan sekolah kebangsaan yang menjadi aliran utama sistem pendidikan negara.
Beliau tidak menafikan sekolah vernakular sememangnya menjadi penghalang kepada usaha mewujudkan perpaduan negara dan kaum. — The Merdeka Times
Terkini
JAKIM kaji cadangan wajibkan restoran ada sijil halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
- “Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.
- “Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” kata Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dipetik FMT pada Khamis dalam sidang media di persidangan antarabangsa, International Conference on Family Law 2024.
- Semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
KUALA LUMPUR — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ketika ini proses mendapatkan sijil halal lebih kepada sukarela oleh pengusaha restoran atau pemilik syarikat makanan.
“Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.
“Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” katanya dipetik FMT pada Khamis dalam sidang media di persidangan antarabangsa, International Conference on Family Law 2024.
Na’im berkata masyarakat Islam juga harus lebih peka dan mengambil inisiatif untuk menyemak status halal sesebuah restoran menerusi platform disediakan JAKIM seperti Portal Halal Malaysia.
Beliau berkata kesedaran yang tinggi dalam kalangan pengguna boleh membantu meningkatkan tekanan kepada pengusaha restoran untuk mendapatkan sijil halal.
Terdahulu, semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
JAKIM dalam satu kenyataan dilaporkan berkata semakan itu dibuat berdasarkan dalam sistem MYeHALAL JAKIM bagi menjawab pertanyaan mengenai status halal beberapa premis makanan.
Susulan kenyataan itu, Johnny’s Restaurants, Black Canyon Malaysia dan Dolly Dim Sum tampil membuat penjelasan mengenai perkara berkenaan pada Rabu.
Mereka memberi jaminan bahan-bahan dan makanan separa siap dihantar ke semua cawangan restoran menerima sijil halal daripada JAKIM.
Dolly Dim Sum dalam satu kenyataan memaklumkan, dapur berpusat yang membekalkan bahan-bahan dan makanan separa siap ke semua cawangan telah menerima sijil halal dari JAKIM (JAKIM.700-2/3/1021-06/2024).
Sementara itu, pihak pengurusan Johnny’s Restaurants and Black Canyon Malaysia pula menjelaskan pada masa ini kedua-dua restoran itu belum lagi disahkan halal oleh JAKIM.
Bagaimanapun, kedua-dua restoran itu menegaskan semua bahan mentah, termasuk ayam, telur, daging, diperoleh dari pembekal yang memiliki sijil halal. — The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kezaliman, fasisme ambil alih jika kaum majoriti memerintah negara kenyataan fitnah, melampau — Presiden WAFIQ
-
Kolumnis2 days ago
Kenapa negeri lain perlu memasukkan kuasa Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri?
-
Terkini3 days ago
China tuntut Malaysia segera hentikan aktiviti di perairan kaya minyak berhampiran Sarawak
-
Terkini3 days ago
Kezaliman, fasisme berlaku jika ‘tangan’ majoriti perintah negara kenyataan fitnah berniat jahat – MP PKR