Connect with us

Antarabangsa

ICJ arah Israel tangani kebuluran di Gaza

Hakim-hakim di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebulat suara mengarahkan Israel untuk mengambil semua tindakan perlu dan berkesan, memastikan bekalan makanan asas tanpa penangguhan sampai kepada penduduk Palestin di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Hakim-hakim di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
  • Hakim-hakim di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebulat suara mengarahkan Israel untuk mengambil semua tindakan perlu dan berkesan, memastikan bekalan makanan asas tanpa penangguhan sampai kepada penduduk Palestin di Gaza.
  • Hakim ICJ dalam satu perintah pada Khamis berkata rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang semakin memburuk dan kebuluran semakin merebak.
  • “Mahkamah memerhatikan bahawa rakyat Palestin di Gaza bukan hanya berisiko menghadapi kebuluran … tetapi kebuluran itu telah pun berlangsung,” kata hakim. 
  • “Sekurang-kurangnya 31 orang, termasuk 27 kanak-kanak, telah meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” kata mereka dipetik Al Jazeera.

Hakim-hakim di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebulat suara mengarahkan Israel untuk mengambil semua tindakan perlu dan berkesan, memastikan bekalan makanan asas tanpa penangguhan sampai kepada penduduk Palestin di Gaza.

Hakim ICJ dalam satu perintah pada Khamis berkata rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang semakin memburuk dan kebuluran semakin merebak.

“Mahkamah memerhatikan bahawa rakyat Palestin di Gaza bukan hanya berisiko menghadapi kebuluran … tetapi kebuluran itu telah pun berlangsung,” kata hakim. 

“Sekurang-kurangnya 31 orang, termasuk 27 kanak-kanak, telah meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” kata mereka dipetik Al Jazeera.

Dalam perintahnya yang mengikat di sisi undang-undang, mahkamah memberitahu Israel untuk mengambil “semua langkah yang perlu dan berkesan untuk memastikan, tanpa penangguhan, dengan kerjasama penuh dengan PBB, peruntukan tanpa halangan secara berskala oleh semua yang berkenaan dengan perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan” termasuk makanan, air, bahan api dan bekalan perubatan. 

ICJ bagaimanapun tidak mempunyai mekanisme untuk menguatkuasakan keputusannya itu.

Langkah baharu itu diminta Afrika Selatan sebagai sebahagian daripada kes berterusannya yang menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending